Bibik nafi curi, dakwa lari akibat tak tahan dipukul anak autisme Zarina Zainuddin
Bibik nafi curi barang-barang milik majikannya iaitu seorang aktres Zarina Zainuddin sebelum melarikan diri.
Bibik nafi curi, minta Zarina Zainuddin lapor polis
Bibik nafi curi barangan milik Zarina Zainuddin dan menyangkal tuduhan terhadap dirinya seperti yang didakwa bekas majikannya sebelum ini.
Bibik dikenali Rahayu berkata, tiada satu barang pun dibawanya bersama dan mempersoalkan mengapa bekas majikannya itu tidak membuat laporan polis terhadapnya jika dia benar-benar mencuri.
“Berkenaan isu mencuri, sehelai habuk pun saya tidak bawa lari keluar daripada rumah Zarina. Dan jika benar saya mencuri, kenapa tidak laporkan pada pihak polis?
“Kenapa selepas enam bulan saya keluar dari rumah itu, barulah dia mahu mengungkit tentang hal ini,”katanya dalam sebuah video dimuat naik di TikTok pada Isnin.
Artikel lain: Anak Zarina Zainuddin biadap, individu minta hukum & ajar anak autisme
Rahaya berkata, dia terpaksa tampil memberi penjelasan bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan sebelum ini.
Dakwanya, kenyataan yang dibuat oleh Zarina Zainuddin baru-baru ini adalah fitnah dan telah mencemarkan nama baiknya.
Bibik nafi curi, lari sebab tak tahan dipukul
Dedah bibik Rahayu, dia nafi curi, sebaliknya melarikan diri daripada rumah bekas majikannya itu adalah kerana sudah tidak tahan dipukul oleh anak autisme Zarina Zainuddin iaitu Azil.
Katanya, dia juga mempunyai bukti bahagian tubuhnya mengalami lebam akibat dipukul oleh anak Zarina Zainuddin.
“Dakwaan Zarina mengatakan saya pencuri adalah penipu kerana saya lari dari rumah adalah kerana sering dipukul oleh anaknya.
“Saya lari kerana sudah dipukul anaknya yang menghidap autisme iaitu Azil. Saya mempunyai bukti saya dipukul menerusi gambar-gambar yang diambil,”ceritanya.
Pendedahan itu dibuat Rahaya menerusi akaun TikTok @atir638, namun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik di platform tersebut.
Pada 21 Mac lalu, Zarina meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumahnya bertindak melarikan diri selepas empat bulan bekerja dengannya.
Malah, wanita asal Indonesia itu dikatakan melarikan diri kerana mahu mengikut teman lelakinya.
Untuk rekod, Zarina mempunyai sepasang kembar yang menghidap autisme iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai yang kedua-duanya berusia 27 tahun.
Difahamkan Azil menghidap hyper autisme, manakala Azal mempunyai mild austime yang dikesan sejak mereka berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok mstarmalaysia
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source