Ibu dakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anak
Polis memaklumkan terima laporan daripada seorang wanita pada 12 Disember lalu yang mendakwa anaknya telah dicabul oleh seorang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) apabila terdapat kesan kemerahan pada leher mangsa.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika anaknya mengulangkaji pelajaran matematik bersama suspek yang berusia 37 tahun.
Kesan kemerahan pada leher
Artikel lain: Dah ada suami & anak, guru SMK kantoi main cinta dengan pelajar tingkatan 5
“Laporan dibuat jam 10.30 malam oleh ibu mangsa yang mendakwa terdapat kesan kemerahan pada bahagian leher anak lelakinya berusia 16 tahun selepas mangsa pulang dari ulangkaji pelajaran matematik bersama suspek.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 12 Disember jam 4.50 petang apabila mangsa yang sepatutnya pulang ke rumah sebaliknya masih bersama suspek di perpustakaan,” katanya.
Difahamkan, suspek yang bertindak memeluk dan mencium mangsa sehingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya yang menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis.
Wan Kamarul Azran memberitahu kes terbabit sedang dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Terhadap Kanak-kanak yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.
Kesan kemerahan pada leher
“Siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” ujarnya.
Terdahulu, tular di laman sosial apabila seorang individu yang dipercayai ahli keluarga mangsa meluahkan perasaan apabila terpaksa menggunakan kuasa viral kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan guru tersebut.
Menerusi hantaran tersebut, dia dikenali sebagai Bellinda dan keluarga telah memberi amaran kepada guru wanita berkenaan agar tidak menggangu pelajar tersebut namun, mereka masih lagi menjalinkan hubungan.
Dakwanya, laporan polis sudah dibuat tetapi tiada akta boleh disabitkan memandangkan hubungan yang terjalain atas dasar suka sama suka.
Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source