Jangan fitnah! Zarina Zainuddin nafi anak istimewa pukul pembantu rumah
Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin nafi dakwaan bekas pembantu rumah yang menyatakan anak istimewanya, Azil memukul wanita Indonesia terbabit.
Aktres berusia 58 tahun berkenaan membuat hantaran berkenaan susulan dakwaan bekas pembantu rumah dikenali Rahayu pada Isnin menerusi platform Instagram.
Zarina Zainuddin nafi anak istimewa pukul pembantu rumah
Zarina Zainuddin nafi dakwaan anak istimewanya, Muhammad Razil Azrai memukul pembantu rumah adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
Pemilik nama Nur Zarina Mohd Zainuddin berkata, anaknya tidak akan memukul orang, sebaliknya bertindak pukul diri sendiri sahaja selain melainkan menggenggam tangan.
“Anak saya ni anak istimewa. Dia pukul diri dia sendiri saja. Dia takkan pukul orang, lebih-lebih (sekurang-kurangnya) dia genggam tangan sahaja.
“Jangan fitnah anak saya macam ini. Dia tak tahu apa-apa. Dia mengamuk pun dia pukul muka dia sendiri, bukan pukul orang,”kata Zarina Zainuddin.
Artikel lain: Bibik nafi curi, dakwa lari akibat tak tahan dipukul anak autisme Zarina Zainuddin
Jangan buat cerita tak benar!
Selain nafi, Zarina yang juga turut memberi amaran kepada bekas pembantu rumahnya yang telah melarikan diri agar tidak membuat cerita tidak benar.
Tegas Zarina, bekas pembantu rumahnya telah mencuri rantai dan gelang.
“Kau (bekas pembantu rumah) kalau nak hidup bebas di luar tu, senang nak ke mana-mana, jangan kau buat cerita bukan-bukan, pencuri.
“Patutlah rantai labuh dan gelang tu lama aku cari tiada, kau kebas,”dedahnya.
Dalam pada itu, aktres itu meminta orang luar agar tidak berkata bukan-bukan tanpa mengetahui situasi sebenar mengenai masalah tersebut.
Kerja cari duit bayar pembantu rumah
Apa yang membuatkan dia kesal apabila orang ramai diihat menyokong dakwaan bekas pembantu rumahnya, sedangkan dia bersusah payah mencari wang setiap hari.
Dedahnya lagi, sudah dua kali dia menjadi mangsa tipu daya agensi dan pembantu rumah.
“Orang luar tak tahu cerita jangan sedap mulut je cakap aku spin. Tak kena kat korang, kat mak korang, bolehlah korang cakap.
“Aku kerja separuh mati cari duit nak bayar pembantu rumah puluh ribu, dia blah (larikan diri), korang boleh sokong dia. Takda otak ke korang?
“Ingat aku ni senang ke cari duit? Macam-macam benda aku hadap. Dah dua kali aku kena tipu dengan agensi dan pembantu rumah ni. Dia lari tinggalkan anak aku masa aku pergi kerja luar.
“Aku ni pergi cari duit nak bayar gaji dia,”tegas Zarina lagi.
Sebelum ini, bekas pembantu rumah Zarina menafikan dakwaan dia mencuri barangan milik aktres itu sebelum lari dari rumah. Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa dirinya melarikan diri kerana tidak tahan dipukul oleh Azil yang menghidap autisme.
Sumber: Instagram Zarina Zainuddin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source