Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki
Miss World diklasifikasikan sebagai di antara pertandingan ratu cantik paling lama bertahan dan merupakan salah satu daripada ‘The Big 4’; nama jolokan yang diberikan kepada empat pertandingan ratu cantik terbesar dunia.
Memasuki edisi ke-71 pada tahun ini, nampaknya ada perubahan baharu yang berlaku ke atasnya bagi memastikan ia kekal relevan dalam dunia moden sekarang.
Ia bermula dengan pengenalan usahawan Inggeris kelahiran Nepal, Dipendra Gurung sebagai pemilik-bersama pertandingan Miss World. Perkhabaran ini telah disahkan oleh Deependra sendiri dan portal ratu cantik, Pageantimpress.
Sejak awal diperkenalkan, Miss World telah dimonopoli oleh usahawan Inggeris, Julia Morley dan keluarganya setelah ia diwariskan oleh mendiang suaminya merangkap pengasas Miss World, Eric Mourley.
Dengan pemilikan bersama oleh Dipendra Gurung kini ke atas Miss World, beberapa perubahan ke atas format dan produksi pertandingan tersebut dijangka akan berubah. Tentunya korang tertanya-tanya, siapakah gerangan usahawan ini?
Jom lihat lima fakta menarik mengenainya.
1. Dipendra memperolehi pengajian dalam jurusan kejuruteraan daripada Flinders University di Adelaide, Australia.
2. Terdahulu, beliau pernah menetap di beberapa buah negara termasuklah di Nepal, Australia, Singapura dan India. Kini, Dipendra selesa berulang-alik dari Mumbai, India dan Nepal sahaja bagi menguruskan syarikat miliknya bernama ABCDe yang juga membawa maksudA Boy Can Do everything.
Menerusi syarikat ini juga, Dipendra melibatkan diri dalam dunia ratu cantik Miss Nepal di mana ia menyokong aktiviti bantuan kepada golongan tidak berkemampuan menerusi program Gold’s Gym Franchise.
3. Terbaru, Dipendra kini merupakan pemilik syarikat penerbangan berpangkalan di Eropah, Himalaya Jet dan juga rantaian pawagam Prive Luxury Cinemas yang terkenal di hotel mewah seluruh dunia.
4. Beliau mempunyai latar belakang sebagai seorang jurutera yang aktif terlibat dalam pelancaran stor Being Human, stor barangan paling mewah di Nepal yang menyaksikan Puteri Aasha Raje Gaewkward dari India sebagai salah seorang pelanggan pertamanya.
5. Khabarnya, Dipendra dan keluarganya ingin meningkatkan lagi kesedaran impak daripada perubahan iklim di kawasan glasier Himalaya sewaktu Miss World ke-71 dilangsungkan pada awal tahun 2023. Setakat ini, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan. Ura-ura mengatakan ia bakal dilangsungkan sama ada di Singapura, Jepun atau Poland.
Sumber : TNM & British Muslim Magazine
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source