Daiyan Trisha nasihat, cari kawan yang dekat dengan tuhan
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha nasihat kepada orang ramai supaya memilih kawan yang sentiasa mendekatkan diri mereka dengan tuhan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 31 tahun itu di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi dengan sahabat baik yang sentiasa dekat dengan tuhan.
Daiyan Trisha nasihat
Artikel lain: Kepercayaan terhadap pendidik akan musnah begitu sahaja – Sarimah Ibrahim
“Kawan adalah keluarga yang awak pilih, cari kawan yang dekat dengan tuhan.
“Saya sangat bersyukur kerana semua orang terdekat saya berhubung dengan-Nya dengan cara mereka sendiri, begitu juga saya. Orang yang berhubung dengan Allah, akan melayani awak dengan cara yang berbeza. Jiwa mengenali jiwa.
“Saya rasa sangat penting untuk mengelilingi diri anda dengan jenis orang seperti ini, sebab kenapa nak meragui cinta mereka tidak ikhlas sedangkan ia datang dari hati yang sama dia berikan kepada penciptanya,” katanya.
Daiyan Trisha nasihat
Dalam hantaran itu juga, Daiyan turut berkongsi gambar bersama rakan baiknya, Nazreem Musa ketika sedang mengerjakan umrah bersama-sama di tanah suci.
Netizen setuju pandangan Daiyan
Menjengah ke ruangan komen, netizen bersetuju dengan pandangan Daiyan dalam pemilihan kawan di dunia ini yang boleh mengajak membuat perkara ke arah kebaikan.
Namun, ada juga individu yang menegur Daiyan supaya tidak bergambar bersama lelaki bukan mahram terutamanya ketika berada di tanah suci.
Netizen doakan yang terbaik untuk Daiyan
Bagaimanapun, netizen turut mendoakan agar Daiyan berubah untuk menjadi seorang muslimah yang baik dalam menutup aurat dengan sempurna.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source