Edaran Percuma Bubur Lambuk Enak Oleh AJI-SHIO® Buat 2000 Warga Shah Alam Dan Petugas Beruniform
Setiap kali Ramadan semenjak enam tahun lalu, Majalah RASA tidak pernah gagal melaksanakan program CSR, mengagih bubur lambuk dengan kerjasama beberapa rakan penaja. Terbaharu, program ini dianjurkan bersama AJI-SHIO® dan FGV Holdings
Berhad (FGV) melibatkan penyediaan 2,000 mangkuk bubur lambuk dan lebih 8,000 kuih-muih tradisional diedarkan secara percuma untuk penduduk Shah Alam dan kawasan sekitarnya.
Acara ini berlangsung di Central I-City, Shah Alam, bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang. Inisiatif ini bukan sahaja menyantuni komuniti Shah Alam, malah turut menyasarkan kumpulan petugas hospital dan pegawai agensi beruniform. Pengedaran khas kepada kedua kumpulan ini adalah sebagai tanda penghargaan bagi bakti mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat di bulan Ramadan.
Program sehari ini mencerminkan tekad Majalah RASA, AJI-SHIO® dan FGV dalam memenuhi tanggungjawab sosial mereka selain menjalinkan ukhwah dan persahabatan, selari dengan sambutan bulan Ramadan yang mulia. Seawal pagi segala persiapan memasak disediakan dan aktiviti rewang sebagaimana kita pernah saksikan dalam majlis perkahwinan di kampung dapat disaksikan.
Program ini juga menyajikan bubur lambuk dijamin sedap kerana menggunakan beras SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia dan diperisakan oleh AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 telah berlangsung pada 23 Mac 2024 bertempat di Central I-City, Shah Alam menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat, Tuan Mohd Najwan Halimi EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merangkap Adun Kota Anggerik, Encik Madiyan Baweh Pengarah Perlesenan Majlis Bandaraya Shah Alam, Encik Roslan Abdullah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON,Encik Anthony Dylan anak Frankie Jurem Ketua Pegawai Operasi Central I City diiringi barisan pengurusan Ideaktiv Sdn Bhd, FGV dan juga AJI-SHIO®.
Bagi menghangatkan lagi acara memasak bubur lambuk ini, selebriti Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dan Siti Elizad turut diundang. Artis Mila Jirin turut menyumbang suara merdunya di program ini. Bagi memastikan kualiti, kelazatan dan keenakkan bubur lambuk, pihak RASA telah bekerjasama dengan Chef Fikree dan Chef Naem, pakar dalam bidang masakan untuk proses memasak bubur lambuk.
Istimewa tahun ini, turut disajikan pertunjukan fesyen baju raya inspirasi kuih-muih tradisional. Siapa sangka, rupa bentuk, tesktur dan warna kuih tradisional kita mampu
memberi inspirasi kepada 6 pereka fesyen muda yang digayakan oleh 17 model dari QM Model House.
Selain itu, para penaja turut memeriahkan aktiviti pentas dengan acara demo memasak.Chef Adnan dan wakil FGV berkongsi resipi Nasi Ayam Nanas Bersama Daun Teratai menggunakan SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia.
Manakala Chef Fikree berkongsi resipi Sandwic Rangup Telur Bersama Mayonis dan Tauhu Bergedil menggunakan produk AJI-SHIO®. Tambah meriah adanya acara pop kuiz bersama pengunjung dan mereka berpeluang memenangi produk daripada pihak penaja. Selain itu booth pihak penaja FGV dan AJI-SHIO® turut meriah dengan pengunjung bila adanya tawaran promosi produk.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi dalam program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 ini. Dalam kenyataannya, beliau menekankan bahawa kejayaan program ini adalah hasil daripada semangat kerjasama yang erat antara semua pihak yang terlibat.
“Kami amat gembira melihat respon positif dari masyarakat dan sokongan penuh dari AJI-SHIO® dan FGV dalam menjayakan program ini. Kejayaan penganjuran Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan ini adalah bukti nyata semangat gotong-royong dan tanggungjawab sosial yang tinggi di kalangan pihak-pihak terlibat,” ujar Syamil Fahim.
Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada sukarelawan dan pasukan sukarelawan yang turut serta menjayakan program ini dengan penuh semangat dan keikhlasan. “Tanpa sokongan dan usaha gigih sukarelawan, program ini tidak mungkin mencapai kejayaan yang luar biasa ini. Mereka adalah tulang belakang kepada setiap inisiatif kebajikan seperti ini,” tambah Syamil Fahim.
Sementara itu, AJI-SHIO® dan FGV turut melahirkan rasa bangga dan kesyukuran kerana dapat menyumbang kepada masyarakat melalui program ini untuk menyatakan komitmen mereka dalam terus menjalankan tanggungjawab sosial korporat dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Pengedaran Bubur Lambuk diagihkan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.PROTON merupakan penaja edaran rasmi bubur lambuk kali ini.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Air Oren Ala Susu Kultur, Buat Sendiri Minuman Ini Secara Homemade
5 Rahsia Manfaat Minuman Buah Kering, Ini Resipi Untuk Buat Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source