MINDEF perkemas pertahanan, fokus perangi pencerobohan ruang siber kerajaan
Kementerian Pertahanan (MINDEF) perkemas pertahanan dalam memerangi pencerobohan ruang siber kerajaan menerusi pelan Angkatan Masa Hadapan (AMH).
MINDEF perkemas pertahanan, pelan Angkatan Masa Hadapan (AMH)
Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelan AMH yang diperkenalkan pada tahun 2013 itu mensasarkan beberapa matlamat utama bagi memelihara ruang siber negara.
Menurut beliau, MINDEF akan memastikan ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negara ini setanding dengan negara-negara jiran dan tidak jauh ketinggalan.
“Ia sekali gus berupaya menjalankan mandat memelihara kedaulatan negara dengan berkesan.
“Kedua, untuk memastikan ATM menjadi sebuah ketumbukan pertahanan yang moden, dilengkapi teknologi terkini, seterusnya dihormati dan disegani kawan serta lawan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noraini Idris yang menyatakan aspek kepakaran AMH untuk menangkis sebarang ancaman bukan tradisional khususnya melibatkan pencerobohan ruang siber kerajaan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Negara, hari ini.
Seterusnya, ia bagi memastikan ATM berupaya dalam menyelaras dan berhadapan dengan pelbagai perubahan geopolitik serta perkembangan semasa sama ada di dalam negara, rantau Asia Tenggara mahu pun seluruh dunia.
Tingkat kesiagaan ATM, kepakaran sumber manusia
Mengulas lanjut, beliau berkata MINDEF akan meningkatkan kesiagaan ATM dari segi aset yang optimum dan terkini selain memastikan kementeriannya mempunyai kecukupan sumber manusia.
Kementerian di bawahnya turut menumpukan pembangunan keupayaan atau aspek kepakaran dalam Domain Siber dan Elektromagnetik yang menjadi tonggak kepada pertahanan komprehensif berasaskan teknologi.
“Ini termasuklah meningkat keupayaan Perisikan, Pengawasan, Perolehan Sasaran dan Peninjauan (ISTAR), membangunkan keupayaan Aktiviti Elektromagnetik Siber (CEMA), Membangunkan Network Centric Operation (NCO) dan memperkukuhkan perisikan pertahanan ATM.
“Ini termasuklah membangunkan Komunikasi Satelit (SATCOM) untuk meningkatkan keupayaan Perintah dan Kawalan Bersama,”katanya.
Gambar hiasan/ Kredit foto: Carian Google
Mohamed Khaled berkata, MINDEF sedang meneliti beberapa perkara penting dalam merancang untuk memperkemaskan kekuatan dan kepakaran dalam kalangan warga ATM.
Ia seperti mana disebut semasa melancarkan Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan pada Februari lalu.
Sehubungan itu, MINDEF akan merekrut anggota tentera yang berkebolehan dalam bidang pengkomputeran termasuk teknologi Kecerdasan Buatan (AI) terutama mereka yang mahir dalam penggodaman siber.
Antara bidang kepakaran dan sumber manusia yang diperlukan bagi mengawal ruang siber negara adalah seperti mereka yang mahir dalam Kejuruteraan Komputer, Teknologi Siber, Pentaster (ujian keutuhan dan ketahanan teknologi), AI, Kriptografi, Big Data dan Satelit.
Artikel lain: MINDEF cakna dengan kebajikan, peruntuk RM69.5 juta selenggara rumah anggota TLDM
Tambahnya, kementerian juga sedang dalam proses pemerkasaan aspek aset dan teknologi bagi memastikan keupayaan ampuh ATM pada masa akan datang, sekurang-kurangnya satu skuadron.
Katanya, ia adalah satu keperluan yang sudah diberi perhatian oleh banyak negara lain, khususnya mempunyai perkhidmatan berkaitan digital dan intelligence services (DIS).
“Kementerian turut mengambil peluang untuk mendalami secara teliti dan mendalam, kesesuaian dan keperluan untuk kita mempunyai perkhidmatan keempat di bawah ATM yang menumpukan secara khusus kepada domain siber dan elektromagnetik pertahanan,”ujar beliau.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source