Hun Haqeem anggap pakai baju Melayu nampak ‘asam keping’ tak beradab
Pelakon kacak, Hun Haqeem anggap pakai baju Melayu nampak ‘asam keping’ sebagai satu tindakan tidak beradab kerana menghilangkan identiti baju tradisional berkenaan.
Kecewa kepada sesetengah pereka fesyen
Memetik laporan dari Kosmo! Hun melihat baju Melayu yang telah dimodenkan oleh pereka fesyen termasuk perincian pelik merupakan tindakan tidak beradab dan akui kecewa dengan hal tersebut.
“Saya kecewa apabila tengok pereka fesyen mereka baju Melayu yang jarang seolah-olah sudah melanggar erti kemelayuan.
“Tiada songkok pun tak lengkap sebab sebagai orang Melayu kita terkenal dengan sifat sopan santun, beradab dan beradat.
“Kalau tunjuk ‘asam keping’, tak jadi beradablah. Apa-apa pun berbalik kepada kita punya asas dan rumpun siapa kita,” katanya.
Hun Haqeem anggap pakai baju Melayu tidak perlu dimodenkan
Ujarnya lagi, baju Melayu seharusnya tidak dimodenkan dengan cara keterlaluan bagi menjaga nilai estetika baju tradisional itu sendiri.
“Kalau nak memodenkan sesuatu kena pergi kepada asas.
“Nak buat sesuatu kalau calarkan kesopanan Melayu akan rosak juga nama bangsa Melayu. Benda macam itu kena jaga.
“Boleh nak ikut gaya Barat tetapi bila lagi mahu ambil peluang tunjuk dekat luar sana bahawa baju Melayu adalah pakaian seragam kita,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Hanya lapik kain? Ramai terkejut tengok babak cium Hun Haqeem & Daiyan Trisha
Hun Haqeem anggap pakai baju Melayu seperti pakai sut
Dalam pada itu, pendapat yang disuarakan ini bertujuan untuk orang ramai lebih peka dengan keaslian baju Melayu kerana Hun Haqeem anggap pakai baju Melayu berkenaan seperti sut memandangkan akan nampak segak apabila seseorang itu memakainya.
“Baju Melayu ini macam sut. Rasa tampan kalau pakai lengkap.
“Saya akan kongsikan perspektif ini kepada orang ramai supaya dapat lebih meluas,” jelas pelakon drama bersiri Kampung People ini.
Sebelum ini, ada di antara pereka fesyen yang sanggup menggadaikan identiti baju Melayu demi menampakkan hasil rekaan segar.
Perkara tersebut sudah tentu menjadi perdebatan memandangkan ia dilihat bertentangan dengan konsep baju Melayu itu sendiri yang nampak kemas tertutup apabila sanggup menggunakan material transparent hingga menampakkan bentuk tubuh model.
Sumber: Kosmo! (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source