Kempen #MYPalmPride dilancar demi betulkan salah anggap pengeluaran minyak sawit
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) REGENERASI telah melancarkan Kempen #MYPalmPride bertujuan untuk melaksanakan misi memperbetulkan salah tanggapan mengenai pengeluaran minyak sawit dan mempromosikan kemampanannya dengan tumpuan kepada aspek pendidikan serta kesedaran.
Misi betulkan salah tanggapan berkenaan pengeluaran minyak sawit
Hal ini sesuai dengan objektif NGO yang memang optimis dalam mendidik dan memperkasakan Belia Malaysia menerusi bidang penjanaan semula, kelestarian, dan keselamatan makanan.
Difahamkan, kempen tersebut berlangsung sejak 1 Mac 2024 dan berlanjutan hingga 31 Ogos 2024.
Kempen #MYPalmPride digerakkan belia negara
Menurut Presiden REGENERASI, Datin Emilia Uzir, beliau sangat yakin belia hari ini akan menjadi arkitek pembangunan di dunia sekaligus mampu merealisasikan kempen tersebut.
“Belia adalah kuasa hari ini dan masa depan. Kami membayangkan belia sebagai pembawa obor pembangunan mampan, mereka bukan sahaja menjadi penerima manfaat tetapi arkitek pembangunan di dunia, yang perlu mampan,” ujarnya.
Kempen #MYPalmPride dapat sokongan MPOC & CPOPC
Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia REGENERASI, Hoh Jia Da pula akui teruja menjayakan kempen tersebut lebih-lebih lagi dua peran utama iaitu Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) menyokong inisiatif yang dijalankan menerusi kempen #MYPalmPride ini.
“Melalui sokongan dan kerjasama dari dua pihak yang berpengaruh ini, kami yakin dan bersedia untuk membawa kempen berkenaan ke tahap yang baharu” ujarnya.
Tujuh duta dipilih dalam kalangan belia hebat
Kempen #MYPalmPride ini turut digerakkan oleh anak-anak muda dengan menyokong inisiatif dalam melestarikan minyak sawit ini.
Tujuh duta dari golongan belia dan latar belakang yang membanggakan dipilih bagi memastikan kempen ini berlangsung dengan jayanya
Mereka terdiri daripada pelajar, atlet muda dan golongan profesional yang berpangkalan di Malaysia juga di Amerika Syarikat serta United Kingdom.
Sokongan dan ucapan tahniah buat REGENERASI menerusi kempen ini
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Belvinder Kaur Sron pula menyatakan sokongan kepada kempen yang dijalankan REGENERASI ini kerana ia bukan semata-mata tentang minyak sawit tetapi turut memperkasakan Belia Malaysia dalam melestarikan minyak sawit ini.
“Saya amat berbangga untuk menyokong REGENERASI dalam usahanyaInisiatif #MYPalmPride.
Kempen ini bukan sahaja mengenai minyak sawit; ia tentang memperkasakan Belia Malaysia untuk mengetuai tanggungjawab bagi kelestarian.
Melalui kempen ini, saya membayangkan kesan positif di seluruh negara ekaligus memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyertai gerakan bagi kelestarian minyak sawit”,katanya.
Dalam pada itu, Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) turut mengucapkan tahniah kepada pihak REGENERASI kerana bersungguh-sungguh meningkatkan kesedaran kepada belia tentang kelestarian minyak sawit ini dan kempen yang diusahakan menjadi medium kepada kelestarian tersebut.
“CPOPC menyokong #MYPalmPride sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran belia dalam minyak sawit lestari.
“Tahniah kepada REGENERASI atas pelancaran#MYPalmPride” ujar Setiausaha Agungnya, Dr Rizal Affandi Lukman.
Difahamkan, kempen #MYPalmPride ini menjadikan media sosial dan platform digital sebagai medium menarik lebih ramai belia mengikuti kempen tersebut.
Semua belia dialu-alukan untuk menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti yang ditawarkan pihak REGENERASI sepanjang kempen ini berlangsung.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh layari semua platform media sosial REGENERASI.
Facebook: https://www.facebook.com/regenerasi.my
TikTok : https://www.tiktok.com/@regenerasi.my
YouTube : https://youtube.com/@RegenerasiMY
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source