Resipi Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju Yang Menyelerakan
Nama laksa kuah putih atau juga dipanggil kuah mentah ini kerana dikatakan orang dulu-dulu buat kuah ini tidak dimasak. Kaedah membuat kuah ni hanya menggunakan air panas masa meramas/memerah santan dari kelapa parut.
Namun kini, tidak ramai lagi yang masih meneruskan kaedah tersebut. Menerusi perkongsian daripada Marhaini Awang ini, cara membuat kuah laksa ini sangat mudah, dengan syarat hendaklah menggunakan santan yang benar-benar segar.
Dan apabila hendak memakannya, perlu ada daun kemangi kerana ia membuatkan rasa laksa ini lagi bertambah sedap.
RESIPI CARA BUAT LAKSA KUAH MENTAH (PUTIH)
BAHAN-BAHAN:
2kg laksa kebok
5-7 ekor ikan selayang segar |rebus dengan asam keping dan sedikit garam, kemudian diperisikan
½ kg santan segar | kalau boleh elakkan santan yang disimpan dalam peti sejuk
5-7 biji bawang merah | ditumbuk – beli online DI SINI
1-2 sudu besar lada hitam – beli online DI SINI
Limau nipis – beli online DI SINI
Sedikit air asam jawa – beli online DI SINI
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
ULAM-ULAMAN (TERPULANG PADA STOK/CITARASA MASING-MASING)
Timun batang |dipotong macam batang mancis/diricih
Daun ulam raja |dihiris halus
Daun kesum | dihiris halus – beli online DI SINI
Pucuk ketereh @ jambu golok @ gajus
Daun serai kayu | dihiris halus
Kacang panjang | dipotong
Kobis | dihiris halus
Daun kemangi/selasih (yang ini wajib ada) |dicarik-carikkan
Bunga kantan | hiris halus
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
TONTON Gerenti Jadi S3 EP9: Resipi Sup Wantan Bebola Ikan
CARA-CARA:
1. Ikan direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Apabila sudah masak dan sejuk, kemudian diperisikan. Ketepikan
2. Tumbuk bawang merah dan juga lada hitam. Kemudian, tumbuk juga isi ikan.
2. Kemudian, panaskan santan di atas dapur sekejap saja. Santan hendaklah sentiasa dikacau, tapi jangan sampai mendidih. Apabila hampir saja mendidih, padamkan api.
3. Dalam santan ini, masukkan bawang merah, lada hitam, isi ikan dan air asam jawa. Kacau rata.
4. Masukkan air rebusan ikan (tapis ya), garam dan perasa. Kacau lagi. Kalau pekat sangat, masukkan air masak dan perah limau nipis.
5. Memang kuahnya rasa manis-manis walaupun tak letak gula kerana santan segar dan ikan yang segar.
6. Hidangkan dengan ulam-ulaman dan juga belacan serta cili mesin.
* Kuah mentah (putih) biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.
Boleh rujuk DI SINI untuk resipi Laksa Beras Homemade
Kredit resipi: Marhaini Awang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Pernah Jadi Hasil Jualan, Wanita Ini Kongsi Resipi Creampuff Kastard Gebu
Hikmah PKP, Lelaki Ini Berjaya Cantikkan Ruang Dapur Dengan DIY Coffee Cabinet
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source