Andalusia Travel anjur majlis berbuka & pemberian zakat di Masjid Imanul Fa’izin
Andalusia Travel anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Kariah serta Pemberian Zakat di Masjid Imanul Fa’izin di Kampung Padang Kala, Kota Bharu semalam.
Difahamkan, Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) telah mengadakan majlis berkenaan pada 28 Mac 2024 bermula dari jam 5 petang hingga 10 malam.
Kehadiran cecah 3,000 jemaah
Menerusi atur cara majlis, mereka telah melakukan solat asar secara berjemaah diikuti pemberian sumbangan zakat sebelum berbuka puasa bersama-sama. Mereka juga menunaikan solat Maghrib dan Isyak sebelum diikuti solat sunat Terawih di masjid berkenaan
Difahamkan, kehadiran jemaah semalam ke Masjid Imanul Fa’izin mencecah 3,000 orang.
Andalusia Travel anjur majlis berbuka, beri sumbangan zakat kepada 200 penerima
Dalam pada itu, sumbangan zakat telah diberikan kepada 200 penerima meliputi pelajar-pelajar pendidikan khas, anak-anak tahfiz dan keluarga asnaf dari kawasan sekitar yang berkelayakan. Sebanyak RM100,000 diperuntukan untuk majlis berkenaan.
Memetik laporan dari Harian Metro, pengarah urusannya, Ibrahim Mat Sin memberitahu pembahagian zakat serta majlis berbuka menjadi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak mereka saban tahun tetapi kali ini lebih istimewa kerana diadakan di Masjil Imanul Fa’izin yang merupakan masjid dibawah kelolaan Andalusia Travel.
“Pihak pengurusan memilih tiga waktu solat ini kerana faham akan situasi peserta yang mungkin tidak sempat ke masjid atas urusan kerja dan sebagainya. Tetapi biasanya tiga waktu ini adalah masa lapang yang membolehkan mereka berjemaah.
“Sebelum ini Andalusia Travel sudah menjalankan program sebegini dengan membawa kumpulan asnaf ke Tanah Suci, tetapi kali ini kita memfokuskan kepada golongan muda.
“Saya yakin ia akan mendapat sambutan dan secara tidak langsung objektif kita untuk menggalakkan anak muda ke Rumah Allah akan dapat direalisasikan,” ujarnya.
Artikel lain: 21 kali ubah suai pintu gerbang, Masjid Andalusia jadi tarikan di Kelantan
Andalusia Travel anjur majlis berbuka, turut maklum tawar pakej umrah percuma
Menerusi sidang media sewaktu Majlis Pemberian Zakat dan Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Kariah di masjid tersebut, Ibrahim juga memaklumkan satu tawaran yang cukup menarik dari Andalusia Travel dimana 200 pakej umrah akan diberi percuma kepada anak-anak muda Kelantan berusia 20 hingga 35 tahun jika mereka solat secara berjemaah selama sebulan tanpa gagal di masjid tersebut.
Menurutnya, pemilihan individu yang layak akan dibuat selepas Ramadan nanti dan akan menyediakan punchcard bagi membuktikan mereka solat di sana pada tiga waktu solat yang dipilih iaitu subuh, maghrib dan asar.
“Pihak pengurusan memilih tiga waktu solat ini kerana faham akan situasi peserta yang mungkin tidak sempat ke masjid atas urusan kerja dan sebagainya. Tetapi biasanya tiga waktu ini adalah masa lapang yang membolehkan mereka berjemaah.
“Sebelum ini Andalusia Travel sudah menjalankan program sebegini dengan membawa kumpulan asnaf ke Tanah Suci, tetapi kali ini kita memfokuskan kepada golongan muda.
“Saya yakin ia akan mendapat sambutan dan secara tidak langsung objektif kita untuk menggalakkan anak muda ke Rumah Allah akan dapat direalisasikan,” ujarnya.
Sekadar info, Andalusia Travel telah mengeluarkan zakat bernilai RM3 juta hasil perniagaan yang dijalankan pihak mereka.
Sumber: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source