Anak2 berlari sambut, Datuk Red pulang ke rumah isteri pertama
Selepas lima hari membawa diri, akhirnya Datuk Red pulang ke rumah isteri pertama dengan disambut anak-anak yang berlari mendapatkan usahawan itu di pintu pagar.
Selepas lima hari
Menerusi hantaran di akaun TikTok pemilik nama sebenar, Datuk Seri Adnan Abu, dapat dilihat yang anak-anak merindui kehadiran bapanya yang sudah lama tidak pulang ke rumah.
@dato..red #anggrekasananggunayub #tungupapaesok #kameralagisatuanksulungrakam #datored #abgred
Datuk Red pulang ke rumah isteri, anak-anak berlari nak salam
Dalam video berkenaan, Datuk Red telah memberi alasan keluar bekerja kepada anak-anak yang datang untuk bersalaman dengannya.
Dia yang masih memakai baju dan topi yang sama sejak tularnya video membuat pendedahan tentang keadaan diri turut menyatakan yang membuat rakaman tersebut demi menghormati mereka yang banyak membantunya.
Datuk Red pulang ke rumah isteri pertama, selepas ni ke rumah Adira pula
Ujarnya, selepas bertemu dengan anak-anak bersama Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, dia akan ke rumah Adira pula bagi berjumpa dengan anak-anaknya yang lain.
Datuk Red turut memberitahu sepanjang lima ini, baju kemeja berwarna biru muda itulah pakaiannya bertemu dengan beberapa pihak bagi mendapatkan pekerjaan.
Artikrl lain: Adira Suhaimi gembira Datuk Red ada ‘job’, pesan kerja elok2
Terdahulu, usahawan tersebut telah mendapat beberapa pekerjaan apabila video dia membuat pendedahan diri yang sudah muflis dan ditanggung isteri-isteri tular di media sosial.
Ramai yang menyuarakan hasrat membantunya dengan memberikan pekerjaan seperti menjadi model pakaian baju Melayu untuk hari raya kelak.
Dia juga dilihat semakin aktif di media sosial terutamanya TikTok selepas memuat naik perkongsian untuk mencari pekerjaan awal minggu tempoh hari.
Sumber; TikTok abg red
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source