‘You have to kill the person you were born to be to become the person you want to be’
Kita terlalu memikirkan cara untuk berjaya hingga kadang-kadang kita terlupa untuk fikir apa akan jadi jika kita berjaya kelak.
Ya, bukan mudah untuk mengecapi kejayaan, namun ia adalah satu perkara yang tidak mustahil untuk dicapai, bagaimanapun, untuk mengekalkan kejayaan yang dikecapi itu…ternyata ramai yang kecundang.
Itulah yang dihadapi oleh penyanyi, Elton John. Penceritaan kisahnya dalam menjadi seorang superstar kini diceritakan dalam filem Rocketman arahan Dexter Fletcher.
Untuk pengetahuan, Dexter juga orang yang bertanggungjawab mengambil alih mengarahkan filem Bohemian Rhapsody selepas pengarah asalnya dikaitkan dengan skandal serangan seksual.
Jalan cerita Rocketman bermula dengan kisah yang berlaku pada masa kini dan kemudiannya dibawa lampau. Elton yang dilakonkan oleh Taron Egerton berjalan masuk ke pusat pemulihan dan mengakui bahawa dia mempunyai ketagihan terhadap dadah, arak, seks dan juga membeli-belah.
Cerita kemudian beralih ke masa lampau melihatkan zaman kanak-kanak Elton yang kekurangan kasih-sayang apabila kedua ibu bapanya dilihat tidak mahukan dirinya. Mujurlah, dia masih lagi mendapat kasih-sayang seorang nenek yang menghantarnya belajar bermain piano.
Sehingga membesar, dia sering tidak diendahkan oleh kedua ibu bapanya membuatkan dia ketandusan kasih-sayang, namun semua itu disorok rapi oleh Elton. Itu membuatkan dia sangat-sangat dahagakan kasih-sayang dan sering mencarinya di mana sahaja.
Membesar, dia kemudiannya bertemu dengan Bernie Taupin dan sejak itu mereka bekerjasama untuk membuat lagu bersama-sama. Setelah popular, Elton berdepan dengan masalah yang dihadapinya hinggakan dia memerlukan dadah dan arak untuk membuat persembahan.
Pada masa yang sama, dia juga masih lagi terasa keseorangan saat terkapai-kapai itu, dia dapat melihat seorang demi seorang orang yang diharapkannya pergi meninggalkan diri. Itu membuatkan dia lebih tertekan hingga cuba untuk membunuh diri.
Namun begitu, dia tetap bangkit dan membuat banyak persembahan untuk para peminatnya. Hinggalah pada satu ketika apabila Elton akhirnya sedar dan dia sendiri mencari pertolongan yang diperlukannya dengan memasuki pusat pemulihan.
Lakonan Mantap!
Taron Egerton sememangnya dilahirkan untuk melakonkan watak Elton John ini. Malah, ada ketika dia sangat kelihatan seperti penyanyi tersebut. Untuk pengetahuan juga, dia menyanyikan sendiri lagu-lagu di dalam filem tersebut.
Selain itu, para pelakon lain juga sangat bagus dalam menjayakan watak masing-masing seperti Jamie Bell yang melakonkan watak Bernie yang merupakan sahabat baik Elton dan juga Richard Madden yang melakonkan watak pengurus Elton dan juga kekasih yang mengkhianatinya.
Lakonan Bryce Dallas Howard sebagai ibu Elton, Sheila juga wajar dipuji!
Tidak Salah Untuk Minta Pertolongan!
It’s never wrong to ask for help! Hentikanlah hidup dalam penafian, jika kita perlukan bantuan seseorang, mintalah bantuan. Jangan harapkan orang untuk faham. Dalam filem Rocketman, kita boleh lihat sejak dari awal bagaimana Elton sering mengatakan bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang harmoni di mana ibu dan ayahnya sangat menyayangi dirinya sedangkan realitinya, dia didera secara emosi sejak dari kecil lagi.
Malah, perkara itu berterusan hingga ke besar hinggakan Elton merasakan bahawa dia keseorangan di dalam dunia ini dan tiada siapa yang menyayangi dirinya. Tidak sepatutnya seorang manusia berperasaan sebegitu.
Mujurlah, Elton cepat tersedar dan berazam untuk berubah
Menghiburkan!
Sepanjang dua jam menonton filem Rocketman ini sememangnya amat menghiburkan. Malah, penonton juga turut dapat melihat pelbagai emosi dan masalah yang dihadapi oleh Elton dan bagaimana cara dia mengatasinya.
Hubungan bak adik-beradik Elton dan Bernie juga sangat menjadi dan juga bagaimana Elton tetap tersenyum di hadapan orang ramai walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan.
Selain itu, pemilihan lagu di dalam filem ini sangat kena hinggakan korang semua akan terimbau nostalgia dan turut menyanyi sama semasa menonton.
Apa-apapun, memang thumbs up diberikan untuk filem Rocketman ini!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source