Sultanah Kelantan kurnia sumbangan akaun Simpan SSPN kepada pelajar asnaf
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melaksanakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Akaun Simpan SSPN kepada Pelajar Asnaf Negeri Kelantan bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan pada 25 Mac 2024.
Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah mengurniakan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM30,000.00 kepada pelajar asnaf di Kelantan dengan peruntukan wakalah zakat PTPTN Negeri Kelantan yang akan memberi manfaat kepada 300 pelajar asnaf dengan setiap pelajar menerima RM100.00 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.
Foto: Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan mengurniakan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada Pelajar Asnaf di Majlis Pengurniaan Sumbangan Akaun Simpan SSPN kepada Pelajar Asnaf Negeri Kelantan.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, PTPTN sentiasa komited dalam menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan masyarakat terutama golongan memerlukan tidak tercicir daripada arus pendidikan tinggi disebabkan masalah kewangan.
“Dalam memastikan peluang kejayaan untuk semua, PTPTN terus menumpukan kepada usaha membudayakan amalan penabungan agar masyarakat khususnya ibu bapa mengutamakan perancangan kewangan untuk kelangsungan pendidikan tinggi anak-anak, dan telah menjadi hasrat PTPTN untuk mentransformasikan minda masyarakat dari bergantung kepada pinjaman kepada budaya menyimpan supaya anak-anak tidak dibebani hutang setelah tamat pengajian.
“Saya berharap melalui penabungan ini dapat membantu pelajar asnaf untuk meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi, mempunyai masa depan yang terjamin sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga,” katanya menerusi kenyataan media.
Foto: Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM30,000 kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Zamri Haji Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (Kanan) sambil disaksikan oleh YBhg. Dato’ Norasni Ayob (Tengah), Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN.
Berhubung dengan itu, PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan.
PTPTN turut berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan, meningkatkan motivasi anak-anak untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik dan sahsiah sekali gus menjadi modal insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Foto: Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan berkenan bergambar bersama Pelajar-Pelajar Asnaf Negeri Kelantan yang menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime.
PTPTN sebagai agensi tabung pendidikan tinggi utama negara di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa prihatin membantu masyarakat terutamanya golongan asnaf melalui pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN Prihatin : Kami Kongsi, Kami Bantu.
Turut hadir ke majlis ialah Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Dato’ Norasni Ayob, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Dato Tengku Ahmad Farizanudean Al Haj, Ketua Polis Negeri Kelantan, Dato’ Muhammad Zaki Haji Harun, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohd Zamri Haji Abdul Aziz dan Pengurus Besar Kanan PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source