Kenapa Ramai Sangat Anti-Muslim Berasal Dari Negara Itu?
Tengok pada carta ni, anda boleh nampak yang majoriti post berkenaan anti-muslim kebanyakannya datang dari negara terpaling saaarrrrrrrrr. Kalau sebut kang, kena report. Jadi korang fahamlah.
Kita bedah sikit, apa sebenarnya punca disebalik berlakunya perkara ni?
Asas kepada anti-muslim di negara Sarrr sebenarnya dah berlaku jauh sebelum wujudnya dua negara yang selalu bergaduh sebab kriket ni lagi.
Sebenarnya kebencian ni dah mula sejak penaklukan Islam ke sana yang berlaku sekitar abad ke-13 Masihi.
Kemudian, bara ini dimarakkan lagi ketika era kolonial British yang mewujudkan dasar pecah dan perintah, memisahkan kaum Hindu dan Muslim di kawasan yang berbeza.
Walaubagaimanapun, Hindu dan Muslim bekerjasama untuk melawan dan memberontak kolonialisme British pada 1857.
Namun keadaan disebabkan isu perkauman sekali lagi menjadi parah menyebabkan terpisahnya kedua-dua negara pada 1947.
Tapi itu dulu, sekarang ni apa sebenarnya yang membakar sentimen orang-orang Sarr untuk membenci Muslim?
Faktor utamanya ialah parti-parti politik nasionalis Hindu yang membawa ideologi nasionalis bangsa mereka.
Ideologi nasionalisme yang diorang pegang ni diasaskan berdasarkan kepercayaan agama Hindu.
Kebanyakan penyokong parti yang memegang kerajaan mereka sekarang amalkan ideologi ni.
Ideologi ni lebih kearah “right-wing extremism” dan hampir ke arah fasis memandangkan ideologi ni diinspirasikan daripada gerakan Fasis di Eropah.
Benda ni sikit-sikit ok lagi, tapi bila besar sangat tu yang membawa bencana.
Diorang jadi anti kepada agama lain. Khususnya anti-Islam. Sampaikan ada pertikaian berkaitan kegiatan penyebaran dan pengamalan ajaran-ajaran Kristian dan Islam serta status agama-agama ini di mata penyokong mereka.
Benda ni lagi membarah lagi-lagi selepas 7 Oktober tahun lepas. Macam korang tahu apa yang berlaku di Timur Tengah sana.
Diorang nampak Tembikai disokong kuat oleh orang-orang Islam seluruh dunia. Jadinya diorang pilih untuk side kepada Bintang Daud. Walhal Bintang Daud pun taknak diorang ni.
Lagi-lagi Sarrr nanti dah nak dekat pilihanraya yang akan bermula pada 19 April ni. IHL siap ada buat research pasal “hate speech” berkenaan anti-muslim yang merebak di sana.
668 “hate speech” ni datang dari kawasan yang berada dibawah pengaruh parti presiden sendiri.
Apabila kebencian tu terlalu dalam, itu yang menyebabkan perpaduan tak dapat dicapai.
Tujuan ideologi ni pun ok je asalnya, hanya untuk bebas mengamalkan agama Hindu. Tetapi bila dah menjadi ekstrem, ia akan bawa kepada isu sensitif yang boleh mewujudkan satu perkara yang tak disenangi.
Pernah jugak diorang suarakan untuk buat genocide orang-orang Islam di Sarrr untuk “menyelamatkan” negara diorang.
Gejala Islamophobia dah teruk sangat di sana. Masjid pun selalu sangat diserang, seperti masjid berusia 300 tahun di Uttar Pradesh yang dihancurkan untuk bina lebuh raya.
Korang kenal Mahatma Gandhi? Yep, orang yang memerdekakan negara tu. Beliau dibunuh oleh seorang pelampau agama Hindu pada 1948. Inilah bahayanya ideologi Fasis.
Terlalu kanan menjadi Fasis.
Terlalu kiri menjadi Komunis.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebab itulah anda kena dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA. Buku ni akan buka mata anda supaya anda lebih faham tentang agama dan tidak membuta tuli semata-mata. Dapatkan segera dengan DISKAUN di Shopee kami:
https://shope.ee/5pke7UAHfg
Atau di Website kami:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source