Ada Anak Kecil Atau Bayi Pramatang, Jaga-Jaga Dengan Jangkitan RSV. Bahaya, Susah Bernafas!
Ibu ayah manalah yang tak susah hati kalau si manja kesayangan jatuh sakit. Tambahan pula sekarang ni macam-macam jenis penyakit dan virus mudah merebak, semakin kerap anak tak sihat. Salah satu penyakit yang paling merisaukan adalah Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang mudah menjangkiti bayi dan anak kecil. Lebih merisaukan, penyakit ini juga mendatangkan bahaya kepada bayi pramatang yang lebih sensitif dan ‘fragile’.
Penyakit ini berbahaya bagi bayi dan menyebabkan hospitalisasi kerana sistem imun mereka masih belum matang, membuatkan mereka lebih rentan kepada jangkitan dan komplikasi serius seperti bronchiolitis dan pneumonia, yang boleh menyebabkan kesulitan bernafas dan masalah kesihatan jangka panjang. RSV adalah sejenis penyakit pernafasan yang kerap berlaku di Malaysia.
RSV Mudah Menjangkiti Bayi & Anak Kecil
Ketika ditemui semasa sesi interviu bersama majalah Pa&Ma, Dato’ Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, memberitahu bahawa terdapat kumpulan tertentu yang berisiko dijangkiti RSV termasuklah bayi berusia di bawah enam bulan terutamanya yang lahir pramatang atau mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.
Selain itu, kanak-kanak di bawah umur dua tahun yang menghidap penyakit paru-paru yang kroni, masalah jantung atau sistem imun yang lemah juga lebih berisiko dijangkiti RSV. Ketika ditanyakan bagaimana RSV berbeza dengan jangkitan pernafasan yang lain, Dr Iqbal mengatakan RSV menyebabkan bronchiolitis iaitu radang pada saluran udara terkecil dalam paru-paru serta pneumonia pada bayi dan kanak-kanak.
“Gejala awal RSV boleh menyerupai selesema biasa seperti batuk, hidung berair dan demam tetapi ia boleh berkembang menjadi lebih serius pada bayi dan kanak-kanak dalam tempoh yang sekejap,” kata Dr Iqbal.
Bagaimana Virus RSV Tersebar?
Jelas Dr Iqbal lagi, virus RSV biasanya tersebar melalui titisan cecair yang dihasilkan apabila seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin. Lebih membimbangkan, virus ini boleh bertahan di permukaan seperti mainan dan gagang pintu dan tersebar apabila orang lain memegang kawasan itu dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.
“Bayi dan kanak-kanak sangat berisiko dijangkiti kerana mereka sering berkongsi mainan dengan kawan mereka, contohnya di taska atau sekolah. Sistem imun mereka yang masih berkembang dan belum cukup matang membuatkan mereka tak mampu untuk melawan jangkitan virus berbanding orang dewasa,” tambah Dr Iqbal lagi.
Langkah Pencegahan Yang Boleh Dibuat
Bagi mencegah jangkitan virus RSV, ibu ayah harus menitikberatkan soal kebersihan. Palig penting, jagalah kebersihan tangan dan cuci menggunakan sabun dan air terutamanya sebelum memegang bayi. Untuk kanak-kanak pula, ajaklah mereka untuk selalu membersihkan tangan.
Selain itu, elakkan kontak dengan individu yang tidak sihat dan mempunyai gejala selesema. Rajin-rajinlah untuk membersih dan menyahkuman mainan serta permukaan yang kerap disentuh. Sebaik-baiknya, ibu ayah jangan bawa anak-anak ke tempat yang ramai orang kerana penyebaran virus akan lebih mudah berlaku.
Gejala RSV Pada Anak
Perhatikan jika ada gejala RSV pada bayi atau anak seperti kesukaran bernafas, batuk yang teruk, demam dan kurang selera makan. Selain itu, antara gejala lain yang boleh diperhatikan adalah bayi atau anak tidak mahu minum susu atau kurang selera makan. Jika ada simptom ini, bawalah mereka berjumpa dengan doktor.
Bagaimana Monoklonal Antibodi Bekerja Untuk Kurangkan Impak Virus?
Menurut Dr Iqbal lagi, antara langkah pencegahan terhadap RSV melibatkan pemberian monoklonal antibodi (Profilaksis dengan palivizumab) pelindung kepada bayi yang berisiko tinggi untuk membantu sistem imun mereka melawan virus dengan memperkenalkan antibodi terus ke dalam badan. Antibodi-antibodi ini khusus ditujukan untuk RSV, membantu untuk menetralisir atau mengurangkan keparahan jangkitan.
“Berbanding dengan vaksin, monoklonal antibodi memberikan perlindungan segera tetapi sementara. Antibodi-antibodi ini khusus ditujukan untuk RSV, membantu untuk menetralisir atau mengurangkan keparahan jangkitan. Bentuk perlindungan ini sangat penting bagi bayi yang berisiko tinggi terkena penyakit RSV yang teruk, seperti mereka yang dilahirkan pramatang atau dengan keadaan jantung atau paru-paru tertentu,” tambah Dr Iqbal apabila ditanya tentang monoklonal antibodi.
Kata Dr Iqbal, monoklonal antibodi bertujuan untuk mengurangkan impak virus terhadap kesihatan bayi, mengurangkan kemungkinan hospitalisasi dan komplikasi pernafasan yang serius.
MySihatPal, Platform Diyakini & Dipercayai!
Tahukah anda, platform MySihatPal boleh dijadikan sumber informasi untuk ibu ayah yang mencari data yang tepat, terkini dan boleh dipercayai mengenai RSV. Platform ini menyediakan akses kepada pelbagai sumber termasuk artikel, panduan pencegahan, dan bahan bacaan yang membantu memperluas pemahaman tentang RSV.
Bukan itu sahaja, ia turut menjadi sumber rujukan untuk penyakit-penyakit lain dan turut menyediakan maklumat tambahan seperti perkongsian resipi sihat dan sebagainya. Anda juga boleh melihat ukuran BMI atau indeks jisim badan di laman sesawang ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari: https://mysihatpal.com.my/
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source