Sempat hadiahkan kek & telekung buat ibu, pelajar terkorban dalam kemalangan
Salah seorang pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand semalam, sempat hadiahkan kek & telekung terakhir buat ibunya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu pelajar, Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni menerusi laporan Harian Metro.
Buat kejutan, sempat hadiahkan kek & telekung buat ibu
Menurut Noor Aishah Abdul Latif, 49, berkata, anaknya yang dipanggil Qif itu sempat hadiahkan kek & telekung sempena hari lahirnya pada 12 Mac lalu.
Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu bekerja sambilan semasa cuti semester di New Zealand dan menghantar hadiah berkenaan menggunakan perkhidmatan kurier.
“Arwah buat kejutan, dia hantar kek dan telekung. Saya kata ‘mahal ni Qif, jauh-jauh simpan duit banyak nak pakai kat saya’. Dia jawab ‘tak apa ibu, tak apa’.
“Baru ini dia beritahu, ‘Aqif ada kirim duit sikit dekat ibu’. Saya kata ‘kenapa Aqif bagi dekat ibu? Sepatutnya ibu yang bagi pada Aqif’
“Dia kata, ‘Aqif nak berkat, ibu doakan Aqif ya’. Dia memang anak yang baik.. apa-apa dia akan jawab ‘ya ibu… ya ibu.”katanya.
Kongsi suri rumah itu, arwah anaknya ada hubunginya menerusi panggilan video di WhatsApp pada Selasa lalu.
Noor Aishah berkata, arwah meminta doa kerana dia akan menduduki peperiksaan pada Khamis.
Arwah rajin, selalu hubungi
Katanya lagi, kali terakhir dia bertemu anaknya ketika di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Julai tahun lalu untuk menghantarnya menyambung pengajian dalam bidang perdagangan di University of Canterbury.
Megat Ashman Aqif yang juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka merupakan seorang anak yang rajin dan sering menghubungi ibu bagi bertanya khabar.
“Arwah rajin bersembang (dengannya). Sepanjang belajar di sana, dia hubungi saya setiap minggu… bercerita aktivitinya, kadang-kadang hampir sejam bersembang. (Jadi) Kita tak rasa dia jauh.
“Sedih… Allah pinjamkan dia selama 21 tahun dan ambil semula dia dalam bulan Ramadan,” katanya yang tidak dapat menahan air mata.
Artikel lain: Niat nak bantu, pemuda dirempuh ketika tolong pengantin kemalangan meninggal dunia
Arwah rancang nak balik raya di Malaysia
Dalam pada itu, arwah ada menyatakan hasrat untuk pulang beraya di Malaysia bersama ahli keluarga, namun dia menasihati agar Aqif tidak pulang. Ini kerana anaknya baru sahaja menyambung pengajian.
Maklumnya, beliau mendapat khabar duka itu daripada bekas suaminya, Megat Irman Jefni Megat Khas Hussaini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
Semalam, Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan lima pelajar Malaysia terbabit kemalangan di Lake Tekapo pada 1.45 tengah hari waktu tempatan semalam.
Dua pelajar Malaysia dikenali sebagai Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi pelajar cedera iaitu Nur Firas Wafiyyah, Lya Issable Walton dan Muhamad Faris Mohd Fairusham.
Tiga lagi pelajar yang cedera iaitu Nur Firas Wafiyyah, Lya Issable Walton dan Muhamad Faris Mohd Fairusham diterbangkan ke Hospital Christchurch di South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.
Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source