PDRM pilih Simpan SSPN Prime sebagai insentif Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023
Seramai 10,413 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2023 telah menerima insentif dalam bentuk akaun Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime berjumlah RM1,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10, 413,000.
Menerusi satu kenyataan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PDRM kerana memilih Simpan SSPN sebagai insentif bagi APC pada kali ini.
PDRM pilih Simpan SSPN Prime
Foto: New Straits Times
“Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan.
“PTPTN merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima APC Tahun 2023 PDRM dan menyeru kepada kementerian serta agensi lain untuk turut sama menjadikan akaun Simpan SSPN sebagai insentif untuk penerima APC kerana pelbagai manfaat boleh dinikmati oleh penerima APC sebagai pendeposit Simpan SSPN,” kata Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Artikel lain: Sultanah Kelantan kurnia sumbangan akaun Simpan SSPN kepada pelajar asnaf
Majlis Penyampaian APC telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Dewan Mess Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu.
Selain Ahmad Dasuki dan Razarudin, majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Ayob Khan Mydhin Pitchay.
Pembukaan akaun Simpan SSPN atau penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source