Saja buat ‘April Fool’, Amin Idris persoal Aliff Syukri -“Tak tahu ke hukumnya haram?”
Penceramah bebas, Amin Idris persoal Aliff Syukri yang mengatakan gimik mengeluarkan lagu raya dengan muzik video kontroversi hanyalah gurauan dan kejutan bersempena dengan April Fool.
Satu Malaysia telah ditipu
Ujar Amin Idris menerusi media sosial miliknya, tindakan Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman seperti tidak mengetahui hukum bahawa menyambut April Fool adalah haram disisi Islam dan telah dipersetujui oleh para ulama di seluruh dunia.
“Buat saudaraku Aliff Syukri. Tahukah saudara April Fool hukumnya haram, sepakat para ulama’ satu dunia? Kenapa? Kerana April Fool menggalakkan gurauan menipu dan melampau
“Satu Malaysia telah ditipu. Saudara mampu meminta maaf setiap orang yang ditipu? Atau sekadar nak selamatkan diri dari diboikot?” tanya Amin Idris.
Artikel lain: “Lagu raya tahun ini tak ada pun, korang kena April Fool!” – Aliff Syukri
Amin Idris persoal Aliff Syukri, saran ajak keluarga kejar malam Al-Qadar
Dalam pada itu, pendakwah berkenaan juga menyarankan agar usahawan terbabit memimpin keluarganya untuk memburu malam Al Qadar kerana bimbang jika ia adalah Ramadan terakhir buat kita semua.
“Saran saya, pimpinlah ahli keluarga memburu malam Al-Qadar. Untungnya lebih banyak dari untuk bisnes saudara,” ujarnya lagi.
Amin Idris persoal Aliff Syukri berkenaan hukum sambut April Fool
Hal tersebut merupakan respon kepada penjelasan daripada Aliff Syukri yang mana mengatakan gimik ingin mengeluarkan lagu raya hanyalah gurauannya sahaja.
Katanya, dia hanya ingin bergurau dan menyakat netizen sahaja bersempena awal bulan April kerana memang tiada lagu raya yang akan dikeluarkan pada tahun ini.
Artikel lain:
Minta jangan tengok, likes atau komen MV lagu raya Aliff Syukri
Terdahulu, Amin Idris telah memohon kepada orang ramai untuk tidak menonton, komen ataupun likes muzik video lagu raya yang didakwa akan dikeluarkan oleh Aliff Syukri sebagai tanda tidak menyokong tindakkannya yang mencetuskan kontroversi di bulan mulia.
Dia juga menyelar hal tersebut serta menggesa mereka yang terlibat untuk memohon keampunan kepada Allah kerana mencemarkan bulan Ramadan lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir.
“Dari penyanyinya, pencipta lagu, penulis lirik, back up dancer, videographer sampailah, editor sampailah ke jurumekap… jawablah di hadapan Allah kelak.
“Mohon jangan tonton, jangan komen, jangan like, jangan share. Dah tiba masa kita ajar dia.
“Ya Allah sesungguhnya aku berpuasa,” ujarnya.
Perkara itu dinyatakan pendakwah berkenaan selepas usahawan tersebut kembali mencetuskan kontroversi dengan memuat naik teaser lagu rayanya di media sosial.
Walaupun sudah menurunkan semula muzik video terbabit, ramai yang masih geram dengan apa yang dilakukan kerana saban tahun ada sahaja kerenahnya demi mendapatkan perhatian orang ramai.
Sumber: Instagram Amin Idris, aliffsyukriterlajaklaris
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source