UAI Jelaskan Hukum Ambil Upah ‘Service’ Tukar Duit Raya, Haram Walaupun RM1!
Amalan pemberian duit raya sudah sinonim dengan masyarakat di Malaysia tidak kira kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa, setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri.
ARTIKEL BERKAITAN : Seronok Tayang Makanan Di Media Sosial Sebelum Berbuka, Hukumnya Menurut Mufti
Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya pada ketika ini masing-masing sudah mula sibuk membuat persiapan.
Dalam membuat persiapan raya, pasti ada perkara yang kita terlupa untuk buat seperti menukar duit raya kepada jumlah tertentu kerana kekangan masa untuk ke bank dan sebagainya.
Apatah lagi dalam kesibukan harian sudah pasti ada yang mengupah pihak tertentu seperti khidmat orang perseorangan bagi menukar wang-wang not besar di bank untuk dijadikan sebagai duit raya.
Namun, hati-hati dan perlu diambil serius berkenaan dengan isu penukaran duit raya supaya tidak terjerumus dalam kancah riba. Ini kerana, terdapat sebahagian individu menggunakan peluang tersebut sebagai taktik menambah pendapatan tanpa mungkin menyedari kaedah itu boleh menjurus ke arah riba.
HARAM Kenakan Upah!
Bercakap soal itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus melalui sedutan ceramahnya di TikTok menegaskan bahawa hukum mengenakan upah bagi penukaran duit adalah haram.
“Kita bagi duit RM100 sekeping nak tukar kepada duit RM1 dengan jumlah 100, hendaklah orang yang kita tukar tu beri kita duit RM1 dengan jumlah 100 juga. Kalau dia beri kita RM98 sahaja sebab upah RM2, haram.
@soaljawabagama Ambil Upah Tukar Duit Raya….. #tukarduitraya #fypage #tiktok #tiktokviral #tiktoknews #ilmuagama #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #ustazazharidrus💯 #ustazazharidrus💯 #ustazazharidrus_fanss #ustazazharidrusfans ♬ bunyi asal – SOAL JAWAB AGAMA
“Itu riba namanya. Kerana kalau tukar, nilai mesti sama,” katanya mengulas mengenai hukum mengambil upah menukar duit.
Sementara itu, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam, Ustaz Lokmanulhakim Hussain berkata, disebabkan pertukaran duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka proses tersebut perlu menepati dua syarat:
1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku riba nasa’.
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku riba fadhl.
Info : Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
*Jangan buat main kalau dah jatuh hukum riba tu!
BACA LAGI : Uban Jadi Cahaya Di Hari Kiamat, Makruh Hukumnya Kalau Cabut!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source