Betul Ke Dakwaan Puteri Kelantan Cakap Turki Sebab Uthmaniyah?
Ni dakwaan yang dibuat seorang penceramah bebas dalam ceramahnya berkaitan pengembaraan Ibn Batutta yang singgah di Kaylukari.
Benar ada yang didalam video tersebut benar, antaranya Kaylukari yang mana kebanyakan sejarawan antaranya Mahayuddin Haji Yahya menyokong bahawa Kaylukari sebenarnya ialah Kuala Krai.
Tetapi beberapa point dan kesilapan dalam garis masa membuatkan beliau salah dengan andaian ni.
Beliau juga sebut yang Uthmaniyah dah ada di Tanah Melayu semasa Salahuddin Al-Ayyubi menakluk Al-Aqsa.
Disinilah berlakunya percanggahan garis masa. Kita kena persoalkan bilakah perkara-perkara ni berlaku.
Pertama sekali, kita lihat bilakah pertemuan Adruja dengan Ibn Batutta? Sekitar 1344-1345 Masihi.
Dalam pertemuan tu, disebutkan yang Arduja bercakap dengan Ibn Batutta dalam Bahasa Turki dan menulis dalam Bahasa Arab.
Bilakah pula penaklukan keatas Jerusalem dibuat oleh Salahuddin Al-Ayyubi? 20 September hingga 2 Oktober 1187.
Ada jarak masa 158 tahun disini. Bilakah pula Uthmaniyah ditubuhkan oleh Osman Ghazi? Sekitar 1299 Masihi.
Kita tak boleh cakap Uthmaniyah dah sampai di Tanah Melayu ketika Al-Aqsa ditawan oleh Salahuddin. Uthmaniyah sendiri belum wujud masa tu. Apa yang orang bangsa Turki ada ketika 1187 ialah Empayar Seljuk.
Ketika pertemuan Ibn Batutta dengan Puteri Adruja, ada kemungkinan yang orang Turki dan berdagang menggunakan laluan yang digunakan Ibn Batutta sebelum beliau lagi.
Cuma ianya tidak spesifik kepada Uthmaniyah. Jalan perdagangan laut diantara Alam Melayu dan Turki dah ada dimana itu yang menjadikan budaya dan bahasa Turki dan Arab dipelajari oleh Puteri Adruja Wijayamala Singha atau Cik Siti Wan Kembang I.
Kenal tak siapa sebenarnya musuh-musuh Sultan Muhammad Al-Fateh? Jawapannya ada di dalam AL FATIH: PENAKLUK AGUNG yang boleh anda dapati di Shopee The Patriots:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source