“Keluarlah Daripada Keluarga Toksik Macam Itu, Allah Akan Kurniakan Kebahagiaan Yang Lebih Indah…” -Nurul Shuhada
Di saat beberapa pemimpin negara yang sudahpun berusia masih gigih mencalonkan diri masing-masing bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini, itu tidak bermakna negara ‘kemiskinan’ calon muda yang turut sama mempunyai semangat sama untuk berjuang demi memperoleh mandat rakyat.
Buktinya, dua orang calon termuda bagi PRU kali ini terdiri daripada anak muda yang baru berusia 23 tahun.
Peggy Chaw Zhi Ting merupakan calon yang bertanding atas tiket Bebas di kerusi Parlimen Tenom di Sabah. Manakala Mohd Syahmi Suhaimi pula merupakan calon Pakatan Harapan yang diberikan kepercayaan bertanding di kerusi DUN Tambun Tulang di Perlis.
Mereka berdua mencipta sejarah sebagai salah seorang daripada hanya 36 orang calon bertanding yang berusia di antara 21 tahun hingga 29 tahun.
*
Peggy ketika ditemui rakan pemberita pada hari penamaan calon berkata, dia sendiri tidak menyangka akan menyertai PRU15 dan hanya menghantarkan borang pada saat-saat akhir setelah ayahnya, Tommy yang juga merupakan seorang petani ladang kubis tidak dapat menfailkan kertas pencalonan kerana bil kad kreditnya yang belum berbayar.
Anak kedua daripada empat adik-beradik ini mengakui dirinya masih tidak berpengalaman dalam arena politik. Dengan bantuan daripada ayahnya, Peggy bagaimanapun bersemangat untuk mewakili komuniti petani di sana yang inginkan pembangunan seperti peluang mengeksport produk keluaran Tenom ke luar negara. Lhat sahajalah slogan yang diwar-warkan oleh Peggy berbunyi ‘Memacu Ekonomi Petani’.
Gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fisioterapi ini juga tidak terlalu memikirkan soal lawannya di Parlimen Tenom seperti Noorita Sual (Pakatan Harapan), Datuk Jamawi Jaafar (Barisan Nasional), Ukim Buandi (Warisan) dan seorang lagi calon Bebas, Riduan Rubin.
*
Sementara itu, Mohd Syahmi Suhaimi pula merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Seperti Peggy, Syahmi juga tidak menidakkan perasaan gugup yang dirasainya sebagai seorang calon; tambahan pula dia akan berdepan dengan penyandang kerusi Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang juga merupakan adik kepada Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Penyertaannya pada PRU15 ini adalah demi membuktikan anak muda juga boleh berjaya dan bersedia untuk berada dalam arena politik sekiranya diberi peluang untuk bertanding. Ini memandangkan anak muda generasi inilah yang akan menjadi pelapis bagi menggantikan pemimpin negara sedia ada satu hari nanti.
Selamat maju jaya kepada Peggy dan Syahmi!
*
Terdahulu semasa PRU14 pada tahun 2018, calon termuda yang bertanding pada waktu itu ialah P Prabakaran yang muncul sebagai ahli Parlimen Batu atas tiket Bebas.
Prabakaran yang baru berusia 22 tahun pada waktu itu bukan sahaja melakar sejarah setelah mengenepikan Dr Dominic Lau Hoe Chai (Barisan Nasional), Azhar Yahya (PAS) dan Datuk V M Panjamothy (Bebas).
Malah, pelajar jurusan undang-undang di sebuah pusat pengajian swasta itu juga memadamkan rekod 41 tahun yang dipegang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemenang kerusi Parlimen termuda dalam sejarah PRU di Malaysia.
Kini, Prabakaran telahpun menyertai Parti Keadilan Rakyat dan bertanding sebagai penyandang di Parlimen Batu dengan sembilan lagi calon lain termasuklah Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source