“Anak-anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun,” Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar
Sering kali ada anggapan bahawa menyusukan bayi pada awal kelahirannya adalah sesuatu yang sukar. Lalu, muncullah salah faham badan si ibu tiada atau kekurangan susu.
Anda perlu faham bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mengikut keperluan bayi. Saiz perut bayi yang baru lahir pun cuma sebesar guli. Jadi, anda tidak perlu bimbang susu ibu yang dibekalkan kepada si manja tidak mencukupi.
Semasa berpantang anda sangat digalakkan untuk menjaga corak pemakanan harian. Dalam usaha merangsang penghasilan dan pengeluaran susu yang lancar, anda boleh mengamalkan milkbooster yang terdapat dalam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu serta sumber-sumber protein, karbohidrat dan sebagainya.
Berikut adalah antara sumber makanan yang sesuai diamalkan semasa berpantang yang mana sangat bagus untuk anda yang mahu mengamalkan penyusuan susu ibu selama yang boleh
Lobak merah dan putih
Khasiat yang ada pada lobak sangat diyakini dapat membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Lebih-lebih lagi lobak putih.
Biasanya kedua jenis sayur ini dimasak sebagai hidangan sayur. Malah tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai jus minuman.
Antara lain anda boleh jadikannya sebagai ulam juga. Lobak merah dimakan mentah manakala lobak putih direbis terlebih dahulu untuk menghilangkan bau semula jadinya.
Sawi
Sawi pun ada khasiat tersendiri dalam membantu anda menghasilkan susu ibu. Sebagai sayur berdaun hijau, tentu sahaja ia kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh tubuh anda dan bayi yang disusui.
Lebih daripada itu, sawi bermanfaat untuk para ibu lepas bersalin yang kerap mengalami masalah sembelit. Pengambilannya secara berterusan dapat membantu proses pengeluaran najis yang baik.
Barli
Selain dipercayai dapat membantu menyejukkan badan, barli juga diyakini boleh membantu dalam penghasilan susu ibu.
Rebus biji barli sehingga kembang dan minum airnya setelah suam. Boleh juga ditambah sedikit gula untuk menambahkan keenakannya.
Oat
Bijirin ini adalah antara yang popular di kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu ibu. Atas sebab itulah kebanyakan produk milkbooster yang dijual di pasaran menjadikannya sebagai bahan asas penghasilan produk masing-masing.
Ini dapat dilihat pada milkbooster yang mahu dicuba oleh isteri kepada penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi iaitu Leuniey Natasha yang kini sedang berpantang selepas hampir 3 minggu melahirkan anak ketiga mereka.
Milkbooster dalam bentuk biskut dan dipek dalam bekas khas tentu sahaja memudahkan anda menjadikannya sebagai kudapan harian.
Keju
Keju adalah salah satu produk tenusu yang boleh anda amalkan semasa berpantang. Ambillah keju seperti kepingan cheddar semasa bersarapan.
Anda boleh letakkan keju di dalam sandwich ataupun makan begitu sahaja semasa mengudap di antara sela waktu makan utama.
Makanan sunah
Sememangnya diakui makanan sunah mengandungi pelbagai khasiat untuk seisi keluarga. Oleh sebab itulah, di dalam rumah anda perlu ada stok makanan sunah. Antaranya kurma, habbatussauda dan madu.
Kurma boleh dimakan begitu sahaja atau dikisar bersama kacang badam dan susu segar. Habbatussauda atau jintan hitam boleh dimasukkan ke dalam minuman atau dimakan begitu sahaja. Manakala madu diambil sesudu setiap hari atau boleh dibancuh ke dalam air suam lalu diminum semasa perut kosong.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source