Dituduh tak sensitif, Aprena Manrose nafi sindir Bella Astillah
Pelakon Aprena Manrose nafi sindir Bella Astillah berkenaan kes perceraian aktres itu dengan suami Aliff Aziz yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aprena telah memuat naik satu video seakan-akan dia sedang ditemu bual bagi tujuan promosi sebuah jenama pakaian.
Pada video itu, Aprena berkata dia tidak pernah membuat sebarang hantaran berkenaan kekayaannya kerana dia memang tidak memiliki semua itu.
“Saya tak pernah membuat posting dan mengumumkan dekat mana-mana media sosial, tak pernah bagitau satu dunia di mana saya sebenarnya anak kerabat.
“Saya ada rumah yang besar, saya ada kereta yang mahal dan saya mempunyai pasangan. Saya tak pernah bagitau sebab saya takde semua benda tu, memang saya takde,” katanya.
Disebabkan video tersebut, orang ramai beranggapan bahawa Aprena sedang membuat sindiran kerana cara penyampaiannya hampir sama dengan temu bual Bella sebelum ini.
Walaubagaimanapun, Aprena kemudian membuat penjelasan menerusi ruangan kapsyen di video tersebut dan berkata video tersebut dibuat sebelum temu bual Bella.
Aprena Manrose nafi sindir Bella Astillah
“Harap maaf. Video ini telah dibuat sebelum berita individu. Mana-mana yang tersinggung dan telahpun di muat naik di TikTok pada 27/3.
“Kepada mana-mana yang terasa, harap anda faham yang ini content semata dan tidak mengan**ng sesiapa,” ujarnya.
Artikel lain: Aliff Aziz masih sayang Bella Astillah, tak setuju hendak bercerai
Dalam pada itu, aktres berusia 31 tahun itu turut membuat penjelasan di ruangan komen video berkenaan dan menegaskan dia tiada niat untuk menyindir.
“Allahuakbar, sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau mengan**ng sesiapa dalam video ini. Korang yang berfikiran negatif dan memandai sendiri nak kaitkan dengan isu semasa. Korang yang hati busuk,” jelasnya.
Selain itu, Aprena juga berkata dia merupakan antara orang yang pertama mengetahui isu Bella namun dia tidak mahu masuk campur.
“Kes Bella, saya diantara yang terawal tahu cerita tapi tidak pernah nak masuk campur. Malah saya ada untuk dia.
“Tidak mungkin saya nak buat video untuk menyindir kawan baik saya sendiri. Content ini hanya gurauan semata-mata antara saya dan suami saya.
“Jangan sesuka hati semudah itu untuk menghukum. Fikir dulu sebelum bercakap,” katanya.
Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas suaminya itu ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Bella kemudian memfailkan cerai secara ekpress terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Dituduh tak sensitif, Aprena Manrose nafi sindir Bella Astillah
Foto: Harian Metro
Namun begitu, Aliff tidak bersetuju untuk bercerai dengan Bella atas alasan masih menyayanginya dan tidak dapat membuat keputusan dalam masa sehari.
Sumber: Instagram Apreena Manrose
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source