Keluarga dedah Eriqa pernah jadi PA Aliff Aziz, Bella Astillah ‘tutup mata’ kerana cinta?
Pendedahan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah baru-baru ini mengejutkan ramai apabila memberitahu suaminya, Aliff Aziz bukan saja curang sebanyak 11 kali malah turut menjalinkan hubungan dengan adik kandungnya sendiri, Eriqa Astillah
Bella memberitahu, dia telah ‘membuang’ adiknya sendiri demi mempertahankan Aliff kerana buta dengan cinta dan masih sayangkan suaminya itu.
Eriqa pernah jadi PA Aliff Aziz
Foto: Utusan
Susulan itu, tular mengenai perkongsian seorang individu dipercayai ahli keluarga Bella yang tampil mempertahankan Eriqa, sekali gus menyelar tindakan pelakon itu yang dikatakan membuka aib keluarga.
Individu dikenali sebagai Aira Rasyida itu mendakwa Bella merupakan wanita naif kerana masih menyebelahi lelaki tersebut sehingga membawa kepada penghancuran bagi sebuah keluarga bahagia mereka.
Foto: TikTok @taeguangchil
“Bukan setakat aib adik sendiri, aib seluruh keluarga di share kan. Allahuakhbar, ingat la. Setiap perbuatan akan kena diri sendiri. Maka, terimalah ini kifarah.
“Kau bodoh, laki kau dah buat teruk dengan keluarga. Laki kau goda-goda dan ayat budak mentah tu. Tapi kau masih menyebelahi lelaki bang*** tu,” tulisnya menerusi InstaStory baru-baru ini.
Foto: TikTok @taeguangchil
Dalam pada itu, wanita itu turut mempersoalkan tindakan Bella mengaibkan benda yang sudah lama berlaku seolah-olah kononnya menyesal dengan pilihan dibuatnya.
Artikel lain: Bella Astillah akui dah penat- “Kalau sayang, kenapa buka aib saya?”
Menurutnya lagi, Eriqa adalah di bawah jagaan Bella dan dijadikan sebagai pembantu peribadi (PA) kepada Aliff sedangkan dirinya sendiri tahu bahawa suaminya itu seorang yang ‘gatal’.
Foto: TikTok @taeguangchil
“Budak tu kamu yang jaga, kamu jadikan PA untuk laki kamu. Sedangkan kamu tau lelaki gila bar** tu nafsu buas, tapi kau pun sama, lebih pilih bang*** tu dan kau sanggup hilang keluarga demi bar** ni.
“Dan lagi 1 untuk apa kau nak aibkan benda lama, dari dulu aku nak bertindak dan nak belasah laki bang*** kamu ni, Kamu jadi bodoh. Ini semua salah laki kamu. Kalau kali ini kamu masih lagi dengan lelaki anji***, aku sanggup tak hadap kamu,” ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Aira turut memuat naik gambar bersama Eriqa yang kelihatan dalam keadaan baik-baik sahaja, menerusi entri berkenaan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source