Rita Rudaini dakwa Zaquan Adha punca hasut bekas suami, tak mengaku anak dikandung
Pelakon Rita Rudaini dakwa pemain bola sepak, Zaquan Adha menjadi punca dalam menghasut anak yang dikandungnya pada ketika itu bukan darah daging bekas suami, Aidil Zafuan.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Rita Rudaini menerusi sebuah hantaran di laman Instagram Story miliknya, hari ini.
Rita Rudaini dakwa Zaquan Adha punca hasut
Dakwa Rita Rudaini, adik kepada bekas suaminya itu merupakan antara punca tercetusnya konflik terutama masuk campur dalam urusan rumah tangganya.
Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar berkata, Zaquan sendiri yang datang ke rumahnya dan mengambil pakaian suaminya pada ketika itu.
Malah, lebih teruk apabila dia mendakwa suami kepada aktres Ayu Raudhah itu sendiri mengirimkan mesej kepada abangnya dan menyatakan anak dikandung Rita Rudaini pada ketika itu bukan darah daging Aidil Zafuan.
“Orang ni (Zaquan Adha) kata tak masuk campur. Kalau dia lupa, mai nak ingatkan. Dia yang masuk rumah kami (Rita dan Aidil) dulu ambil semua baju abang dia.
“Hang la yang send mesej kat abang hang bagitau anak yang aku pregnant tu bukan anak dia,”bidas Rita Rudaini.
Rita Rudaini dakwa Zaquan batu api
Aktres berusia 47 tahun itu juga mendakwa adik kepada bekas suaminya itu sebenarnya batu api dalam konflik rumah tangganya bersama Aidil Zafuan.
Dalam masa sama, Rita turut meninggalkan pesanan buat Zaquan agar tidak masuk campur dan meninggalkan sebarang komen berhubung isu tersebut.
Ini kerana dirinya dan pihak keluarga bekas suami sudah lagi tidak mempunyai sebarang kaitan.
“Hang la batu api besar. Hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa.
“Diam saja. Kita pun tak ada kaitan apa-apa. Akhir sekali, hang sekeluarga telah mencipta RITA yang baharu.
“Dulu aku lemah, korang pihak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah-acah terpaling bagus,”ujar Rita dalam nada sindir.
Artikel lain: Rita Rudaini tak pernah lupa, anak pertama dituduh bukan darah daging bekas suami
Terdahulu, Zaquan Adha memaklumkan dirinya tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya serta mendoakan yang terbaik buat Aidil dengan Rita.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan itu turut mendedahkan keluarganya tidak terlibat dalam konflik antara bekas biras bersama pasangan kembarnya.
Rita sebelum ini menegaskan dia tidak akan melupakan dakwaan menyatakan anak sulungnya, Airit Rayyan bukan darah daging hasil perkahwinan bersama bekas suami, Aidil Zafuan.
Sekadar info, Rita dan Aidil yang juga pemain bola sepak pernah bernikah pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Namun, pasangan tersebut bercerai talak satu pada September 2013.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source