Subsidi Era Uthmaniyyah – The Patriots
Hah, anda semua yang sedang baca trivia ini. Dah daftar PADU ke belum? Katanya untuk subsidi bersasar. Subsidi ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat dalam hal yang membebankan rakyat.
Nak tahu tak, sebenarnya pemberian subsidi ini telah ada sejak era Uthmaniyyah lagi. Apa sahaja yang subsidi diberikan oleh Kerajaan Uthmaniyyah? Antaranya, subsidi pendidikan, subsidi perubatan, dan yang paling besar adalah subsidi kerajaan Uthmaniyyah untuk vilayet Hijjaz.
Dalam subsidi pendidikan, semenjak era Sultan Selim III, Uthmaniyyah telah mula menghantar pelajarnya ke luar negeri bagi menuntut ilmu di universiti terkemuka di Eropah. Pelajar ini kemudiannya dituntut untuk kembali ke negara semula untuk berbakti kepada negara.
Selain itu, Uthmaniyyah juga turut membuka pelbagai sektor pendidikan atas seperti pembukaan Mekteb-i Fünun-ı Harbiye (Maktab Ketenteraan) yang dibuka oleh Sultan Abdulhamid II pada tahun 1845.
Uthmaniyyah juga turut memberikan subsidi dalam bidang perubatan dan penyelidikan seperti bidang penyelidikan Vaksin. Kerajaan Uthmaniyyah telah mewajibkan rakyatnya agar mengambil vaksin kerana berlakunya penularan wabak smallpox pada tahun 1885 juga dalam era pemerintahan Sultan Abdulhamid II.
Manakala subsidi yang terbesar diagihkan ialah subsidi kepada Wilayah Hijjaz. Hal ini kerana Wilayah Hijjaz merupakan wilayah khas yang diletakkan di bawah autoriti kerajaan pusat disebabkan wilayah ini terdapat dua kota suci bagi umat Islam iaitu Makkah dan Madinah.
Sumbangan terbesar adalah peluasan masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang digunakan khas dari dana sultan sultan Uthmaniyyah sendiri. Bahkan keselamatan, kesejahteraan jemaah Haji juga dibawah kerajaan Uthmaniyyah.
Sebenarnya banyak lagi inisiatif kerajaan Uthmaniyyah dalam pelbagai sektor. Tapi dah nak buat macam mana Empayar ini akhirnya jatuh ditangan orang muda sendiri (Genc Turk – Turki Muda) yang mula menguasai kerajaan dan akhirnya jatuh dan tewas setelah Perang Dunia Pertama. (1924)
—
Berminat dengan trivia Uthmaniyyah? Dapatkan buku AL-FATIH SANG PENAKLUK di Shopee The Patriots :
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source