Sejarah Pengumpulan Al-Quran – The Patriots
Al-Quran merupakan kitab suci Umat Islam. Kesuciannya dan keasliannya telah telah di jamin oleh Allah SWT dalam Surah Qaf iaitu,
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah Al-Hijr : 9)
Pengumpulan Al-Quran telah dilakukan sebermula dari zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RAH. Sebelumnya, Al-Quran ditulis diatas lembaran yang berasingan. Justeru, perkara ini dibangkitkan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab yang bimbang akan hilangnya khazanah Al-Quran ini.
Kebimbangan ini berpunca daripada satu operasi memerangi kaum Murtad iaitu Riddah. Ramai para Huffaz Al-Quran telah gugur syahid dalam sebuah pertempuran iaitu Pertempuran Yamamah. Antaranya, Salim Maula Abu Huzaifah yang kuat ingatan Al-Qurannya.
Khalifah Abu Bakar kemudiannya menerima cadangan ini dan mengarahkan agar pengumpulan Al-Quran dilaksanakan. Menjelang pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, empayar Islam mulai meluas sehingga mencakupi kawasan A’jam (bukan Arab).
Oleh itu, terdapat beberapa kaedah pembacaan daripada golongan luar Arab. Perkara ini dipandang serius oleh Khalifah Uthman bin Affan dan mengarahkan agar pembukuan Al-Quran dilaksanakan dan mushaf ini dipanggil Mushaf Al-Imam Resam Uthmani. Mana mana Al-Quran yang bertentangan dengan Quran Resam Uthmani ini hendaklah dilupuskan bagi mengelakkan perbalahan dalam Islam.
Perlu diketahui, bahawa Al-Quran itu telah thabit penurunannya dan tiada sebarang pengurangan mahupun penambahan yang dibuat oleh Khalifah Uthman seperti yang didakwa oleh Golongan Syiah. Yang berbezanya adalah kaedah bacaan sahaja diselaraskan mengikut Lahjah Arab Quraish.
Dan pembukuan Al-Quran ini juga dibuat bersama sama sahabat yang Al-Hafiz Al-Quran justeru sangat tidak thabit untuk menyatakan tuduhan berikut kerana perkara ini disaksikan sendiri oleh Sayyidina Abdullah Ibn Umar, Abdullah Ibn Abbas dan Sayyidina Zaid Bin Thabit.
Oleh : Muqri Nizam
—
Nak tahu lebih lanjut tentang khazanah Ilmuan Islam. Terokai BERAKAL DALAM BERAGAMA yang meneritakan sejuzuk dari khazanah keilmuan Islam ini.
Dapatkan di Shopee The Patriots :
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source