Bukan mudah memujuk anak kecil kita untuk berkhatan. Namun pelakon dan pengacara, Norman Hakim berjaya membuatkan dua anak lelakinya untuk berkhatan secara serentak.
Pun begitu, disaat akhir kata Norman, anak lelakinya, Kikim membuat pusingan U Turn saat akhir dengan membatalkan niatnya untuk berkhatan selepas menunggu lama di klinik. Semuanya gara-gara selepas mendengar jeritan abangnya, Awish.
Menerusi satu entri di Instagramnya, Norman berkongsi sekeping gambar bersama dua anak lelakinya dengan memakai kain pelikat tanda memberi sokongan kepada dua anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, dan Muhammad Dikhriz Hakim, yang bakal bersunat pada hari itu.
Pun begitu, ketika menunggu abangnya, Awish, anak kedua Norman tiba-tiba membatalkan hajatnya. Comel melihat aksi Kikim yang terkejut mendengar jeritan dan balik ke rumah dengan muka comel walaupun selepas membatalkan niatnya.
Kata Norman menerusi Instagramnya, anak sulungnya Awish terpaksa dikhatankan berikutan mempunyai masalah minor phimosis dan berkhatan adalah rawatan yang disyorkan.
“Biar video yang ‘berbicara’ kenapa Kikim last minute buat ‘pusingan-U’. Sebenarnya keutamaan untuk berkhatan ni adalah pada Awish sebab dia ada minor phimosis issue yang buat dia susah nak kencing.
Bila buat check-up 4 hari lepas, memang Doc takde option lain selain daripada bagitau yang Awish WAJIB berkhatan. Memang berkira-kira jugak sebab mengenangkan keadaan pandemik sekarang ni. Tapi Doc takde pilihan.
So, dalam tempoh 4 hari sebelum hari ni, dia kena consumed ubat untuk bunuh kuman & surutkan sikit bengkak yang ada. Alhamdulillah bila semua dah ok, baru la boleh proceed untuk berkhatan sebelum perkara yang sama berulang balik.
Dah alang-alang, tu yang papa mummy decided untuk sekalikan Kikim untuk berkhatan. Dari awal Doc dah bagitau yang procedure untuk Awish akan ambil masa yang panjang (40 min ke 1 jam) berbanding normal procedure (10 min ke 15 min),” kongsi Norman panjang lebar.
Dengar jeritan abang
Bercerita mengenai anak keduanya, Kikim yang pada mulanya begitu bersedia untuk bersunat namun menukar haluannya selepas mendengar jeritan abangnya. Aksi dan gelagat Kikim sememangnya amat mencuit hati wargamaya. Comel!
“Kikim mula-mula steady je. Tapi bila dia dah start dengar ‘bunyi macam-macam’ dari dalam bilik, tu yang dia start developing ‘pusingan-U’ dia. Tu yang sampai satu phase dia ‘U-turn’ terus!
“Doc pun ok je sebab situation Kikim tak perlu nak urgent. Yang Awish suara high pitching tu sebab injection untuk bius kat beberapa tempat. End up alhamdulillah semuanya went smooth.
“Berbeza masa time @danishhakimofficial sunat dulu, semua papa mama mummy adik-adik turun padang (swipe) sebab sebelum sunat, Danish berkumpul ramai-ramai kena siram dengan paip bomba dulu. Memang meriah tak ingat. Zaman papa takyah citerlah
“Cer korang pulak share experience korang or anak-anak? Btw thx again semua untuk doa-doa ye,” cerita Norman panjang lebar.
Terdahulu, Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, dan Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Menarik: Niat Nak Bergurau Tapi Daddy Yang Terharu, Hairul & Hanis Buat Kejutan Birthday Yusof, Comelnya
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @normanhakim_786
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source