Kalut nak balik raya punya pasal, anak2 sampai tertinggal bapa di R&R
Seorang bapa hampir sahaja tidak pulang beraya apabila tertinggal di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) memandangkan masing-masing kalut nak balik raya punya pasal.
Singgah R&R sekejap
Menerusi video yang dikongsi bukanbegitu415 di aplikasi TikTok, dapat dilihat anak-anak membawa bapa mereka kembali ke kereta selepas dipercayai tertinggal di kawasan R&R sambil memegang sebotol air.
@bukanbegitu415
Kalut nak balik raya punya pasal, bapa pula tertinggal
Menerusi video tersebut, pengguna TikTok memberitahu perlu berpatah balik ke R&R Tapah bagi menjemput bapa mereka yang ‘tercicir’ disana. Dia juga berpesan supaya memastikan terlebih dahulu semua penumpang kereta sebelum mula bergerak.
Artikel lain: Dua anak terkorban, netizen sebak hasrat ibu nak beli baju raya tak kesampaian
Kalut nak balik raya punya pasal, ramai bergurau mungkin tu ‘rehearsal’
Perkongsian video lucu yang berdurasi 24 saat itu telah ditonton lebih dari 800 ribu viewers di platform berkenaan dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.
Rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut serta berseloroh mengatakan mengatakan mungkin tindakan tersebut persediaan di masa hadapan.
Mujur bapa tak menangis
Ada yang kongsi kisah hampir sama
Badan fit ayah pula jadi perhatian
Ada juga yang meninggalkan komen memuji penampilan bapa pengguna media sosial berkenaan yang terlihat masih segak walaupun sudah berusia.
Jadi, kepada sesiapa yang memandu kenderaan dan berhenti di mana-mana kawasan R&R, perlulah membuat pemeriksaan dahulu terhadapan para penumpang agar tiada insiden tertinggal ataupun tercicir di lokasi seperti iu lagi.
Sumber: TikTok bukanbegitu415
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source