PM rancang ‘misi gila’, satukan keluarga Nadir Al-Nuri selepas 183 hari terpisah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukurannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri kerana dapat bersatu semula dengan keluarganya yang berjaya dibawa keluar dari Gaza.
Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau turut menyatakan penghargaannnya kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan, dalam membawa keluarga Nadir keluar dari kawasan bergolak itu.
Satukan keluarga Nadir Al-Nuri
Foto: FB Anwar Ibrahim
Terdahulu, Nadir dalam catatannya memberitahu, Anwar adalah individu penting yang memainkan peranan utama dalam misi membawa keluar keluarganya dari Gaza, saat wilayah Palestin itu diserang tentera Israel.
Perkara itu dikongsikan olehnya dalam catatan ‘183 Hari Yang Panjang’ menerusi hantaran di akaun Facebook serta Instragram malam semalam.
Foto: Facebook Nadir Al-Nuri
“Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) diberikan peluang bertemu watak utama (Anwar) misi menyelamat sebulan lalu di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin.
“Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas ‘saya akan bantu’ dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya,” tulisnya.
Mengakui hatinya mula luluh, Nadir beranggapan itu hanya bahasa orang politik. Namun, katanya, di dalam suratnya kepada Anwar, beliau mengakhiri ayat dengan ‘kepada Allah jualah kami berserah’.
Dalam pada itu, siapa sangka panggilan yang diterima sehari sebelum Aidilfitri lalu memberi berita paling gembira dan membahagiakan buat Nadir selepas 183 hari ‘terpisah’ akibat perang Israel-Palestin.
Artikel lain: “Berhenti buat orang serba salah” -Ramai tak selesa dengan kenyataan Nadir Al-Nuri
Beliau dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi yang memintanya datang ke satu lokasi khas selain membenarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, untuk turut sama ke lokasi itu.
“Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.
“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan,” kata Nadir.
Foto: FB Nadir Al-Nuri
Beliau menyifatkan misi membawa keluarganya dari Gaza itu sebagai ‘misi gila’, kerana bukan mudah untuk membawa keluar keluarganya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus di Gaza, selain ketegangan di sempadan yang berlanjutan.
“Namun secara senyap pemimpin negara (Anwar) menghubungi pihak sana. Ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain,” ujarnya.
Foto: Facebook Nadir Al-Nuri
Aktivis itu turut memberitahu bahawa proses misi berkenaan berjalan cepat, teratur dan lancar, walaupun dipenuhi dengan 1,001 cabaran tersirat.
“Untuk PMX (Anwar), PMO (Pejabat Perdana Menteri), (Dr) Ahmad Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini sama ada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.
“Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, amin,” luahnya mengakhiri catatannya.
Semalam, Nadir memberitahu bahawa situasi getir dihadapi anaknya yang mengalami komplikasi pernafasan dan terpaksa dikejarkan beberapa kali ke hospital di tengah malam, mendorong beliau untuk mengambil keputusan membawa keluarganya keluar dari Gaza.
Sumber: Facebook Nadir Al-Nuri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source