Bertemu dengan PM, Nadir Al-Nuri kongsi anak2 teruja lihat telur & tembikai di Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan keluarganya di Kompleks Seri Perdana, hari ini.
Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau gembira isteri dan anak-anak Nadir Al-Nuri dalam keadaan baik-baik selepas melalui penderitaan di Semenanjung Gaza.
Artikel lain: PM rancang ‘misi gila’, satukan keluarga Nadir Al-Nuri selepas 183 hari terpisah
Maklum Anwar, mereka turut berbicara mengenai rakyat Palestin dan pengalaman anggota keluarga Nadir Al-Nuri keluar dari zon konflik tersebut sebelum pulang ke Malaysia.
Nadir Al-Nuri kongsi, anak2 teruja
Tambah Anwar, aktivis kemanusiaan itu turut berkongsi kisah keterujaan anak-anaknya melihat telur dan tembikai sebaik sahaja tiba di Malaysia.
“Anak-anaknya teruja melihat telur dan tembikai ketika mula sampai ke Malaysia kerana sudah berbulan lamanya tidak dapat menikmati makanan asas itu akibat situasi perang yang memburuk di sana.
“Saya doakan saudara Nadir dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang,” katanya.
Dalam masa sama Anwar berkata, beliau akan terus membantu memudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin.
Terdahulu, Nadir dalam catatannya memberitahu, Anwar adalah individu penting yang memainkan peranan utama dalam misi membawa keluar keluarganya dari Gaza, saat wilayah Palestin itu diserang tentera Israel.
Perkara itu dikongsikan olehnya dalam catatan ‘183 Hari Yang Panjang’ menerusi hantaran di akaun Facebook serta Instragram.
Sumber: IG Anwar Ibrahim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source