Ippo Hafiz tak larikan anak bongsu, masih jaga aib isteri & keluarga
Penyanyi Ippo Hafiz tak larikan anak bongsu seperti mana didakwa seorang wanita yang mengaku kakak kepada selebriti itu, baru-baru ini.
Ippo Hafiz tak larikan anak bongsu
Ippo dalam hantaran di Instagram menjelaskan, anak bongsunya berada bersamanya, manakala anak sulung dijaga oleh isteri, Fara Roslan.
Jelas Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz bin Yaziz, kes antara dia dan isteri masih lagi berjalan di mahkamah dan sehingga kini belum menerima sebarang kata putus termasuk hak jagaan anak-anak.
“Anak pertama pada isteri. Anak kedua bersama dengan saya. Saya juga telah memberitahu isteri, buat masa ini biarlah saya jaga anak kedua,”kata Ippo Hafiz di IG Story.
Ippo Hafiz tak larang isteri jumpa anak
Tambah penyanyi berusia 34 tahun, dia juga tida menghalang isterinya untuk berjumpa dengan anak dan dakwaan tular adalah tidak benar.
Oleh itu, Hafiz menyatakan dia telah memberikan notis kepada mana-mana pihak untuk berhenti daripada membuat tohmahan terhadap dirinya.
Katanya, biarlah masalah rumah tangga yang berlaku antara dia dan isteri diselesaikan secara baik melalui undang-undang.
“Biarlah mahkamah yang memutuskan perkara ini dari menggunakan media sosial untuk melepaskan perasaan. Hal ini, saya dan isteri sahaja yang tahu.
“Saya sehingga kini masih menjaga aib isteri dan keluarga. Dia masih isteri saya,”katanya.
Artikel lain: Ippo Hafiz fail nusyuz, dah empat bulan isteri tak balik rumah
Dalam pada itu, dia juga meminta isterinya agar menjaga maruah suami, selain berharap semua pihak mendoakan agar mereka berdua dipermudahkan.
Terdahulu, kakak Ippo Hafiz, Yazmin mendedahkan penyanyi itu melarikan anak keduanya daripada jagaan wanita itu sejak awal Februari lalu.
Malah, penyanyi itu juga tidak bertemu anak sulungnya ketika hari raya pada minggu lalu.
“Bagi yang tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia dua tahun tiga bulan telah diambil sendiri bapanya (Ippo) dari jagaan ibu, datuk, neneknya pada 1 Februari lalu.
“Dia telah berjanji untuk menghantar balik anak ini pada 4 Februari tetapi dia memungkiri janji dan sehingga ke hari ini (77 hari), ibu kandungnya masih tidak dapat bertemu dengan anaknya kerana tidak dibenarkan.
“Ippo juga sudah 77 hari tidak datang berjumpa anak sulungnya. Bukan kerana isteri tidak benarkan tetapi dia yang memilih untuk tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi perkongsian TikTok.
Berkongsi lanjut, wanita terbabit turut meluahkan rasa bengang apabila pelantun lagu Kekal Bahagia itu turut memisahkan kasih sayang seorang abang dengan adiknya.
“Ibu kandungnya juga tidak tahu di mana anaknya tinggal. Anak sulung Ippo yang berusia empat tahun ada bersama ibunya.
“Anak bongsunya ini sangat rapat dengan abangnya. Kenapa perlu pisahkan kasih sayang ini? Anak kecil ini masih perlukan pelukkan dan kasih sayang ibunya.
“Apa haknya sebagai bapa untuk sekat dan halang. Saya tahu ramai ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan adik ipar saya,” ujarnya lagi.
Maklumnya, isteri Ippo Hafiz juga tidak berputus asa mencari putera bongsunya walaupun masih gagal dihubungi sehingga kini.
“Malah, ketika hari raya baru-baru ini isterinya juga cuba menghubungi dia namun panggilan tidak dijawab.
“Kalau dia tidak puas hati dan ada masalah dengan isteri kenapa anak-anak yang dijadikan mangsa,” tuturnya.
Pada 12 Mac lalu, Ippo memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Fara di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas wanita itu tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.
Bagaimanapun, isterinya tidak hadir ke prosiding tersebut dan mereka perlu datang ke mahkamah pada 23 April ini.
Untuk info, Ippo Hafiz dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Sumber: Instagram Ippo Hafiz, TikTok @yazminy79
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source