“Doktor Sahkan Kandungan Dah Tiada” Elizabeth Tan Keguguran, Sedih Kehilangan!
Ibu mana yang tidak merasa sedih, sudah disahkan hamil kemudian gugur pula. Biarpun sudah menjaga kandungan sebaik mungkin, tahu-tahu saja ada ketulan darah keluar. Ada juga sesetengah kes, si ibu tidak perasan yang dia sedang mengandung kemudian aktif membuat kerja-kerja berat. Sebaik tahu diri hamil, kandungan sudah tidak kuat dan gugur.
Apabila berlaku hal seperti ini, ibu akan menyalahkan diri sendiri dan merasa tertekan. sebenarnya keguguran yang berlaku bukanlah sesuatu yang kita minta, ia adalah dugaan dari Allah SWT dan mungkin ada ganjaran yang lebih baik menanti selepas itu.
Keguguran adalah perkara biasa dan dialami oleh kebanyakan wanita. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tetapi jika berlaku tiga kali berturut-turut keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage. Ia adalah satu situasi yang tidak normal. Melalui penulisannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang hal keguguran ini.
PUNCA KEGUGURAN BERULANG
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage.
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimana pun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
Baca Juga:
“Such An Understanding Daughter.” Fazura Syukur Anak Faham Mommy Daddy Balik Lewat Sebab Kerja
Jadi ‘Menteri Kewangan’ Dalam Rumah, Almy Nadia Senyap-Senyap Menyimpan Untuk Masa Depan Anak
Ramai Tak Tau Ada 6 ‘Funcation’ Paling Happening Bawa Anak-Anak Dengan Hanya Satu Klik!
IBU ADA FIBROID ATAU ENDOMETRIOSIS
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
KENA BANYAK BEREHAT
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Ketika isteri mengalami keguguran, jelas sekali emosinya terjejas. Sebagai suami, pastikan anda sentiasa dengannya dan terus memberi isteri semangat. Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat, tetapi jika si isteri mengalami keguguran dan kalian masih belum mempunyai anak, teruskan berusaha dan kuat menghadapi ujian ini.
Semoga dengan semangat dan usaha tanpa henti itu akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source