Kumpulkan kesemuanya! OREO lancar koleksi biskut bertemakan Pokémon
Jenama biskut kegemaran ramai, OREO bekerjasama dengan dunia ikonik Pokémon bagi memperkenalkan koleksi biskut dan barangan edisi istimewa yang pasti memikat ramai.
OREO lancar koleksi biskut bertemakan Pokémon
Ketua Pemasaran OREO SEA & Indonesia, Mondelēz International Vikram Chandratrey mengumumkan pelancaran koleksi biskut kesukaan ramai OREO Pokémon menggabungkan dunia pengembaraan Pokémon dengan keriangan OREO mulai Februari 2024.
“Koleksi baharu ini menampilkan semangat penerokaan dengan mengajak para peminat untuk mengumpulkan semua 16 jenis biskut OREO Pokémon.
“Ia pasti akan membuatkan anda kekal riang dalam dunia yang penuh dengan penerokaan, pengembaraan, dan rasa menyeronokkan apabila menikmati rasa epik koleksi biskut edisi istimewa ini,” katanya dalam satu kenyataan.
OREO lancar koleksi biskut pelbagai perisa
Vikram berkata, usaha itu dilakukan bagi menggembirakan pengguna dengan perisa baharu yang berinspirasikan Pikachu dan pelbagai hadiah istimewa bertemakan OREO Pokémon.
“Kekal riang dan sertai kami dalam pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan,” ujarnya.
Beliau turut memberitahu biskut ini didatangkan dalam pelbagai perisa seperti Vanila, Coklat, Strawberi, dan Coklat Pisang dan sesetengah jenis biskut OREO Pokémon lebih sukar untuk ditemui berbanding yang lain.
“Setiap pek akan diisi secara rawak dengan biskut OREO Pokémon, jadi setiap pek tidak dijamin terdapat kesemua 16 imej Pokémon. Daripada 16 biskut OREO Pokémon, biskut Mew adalah yang paling sukar untuk ditemui,” kongsinya.
Tambah Vikram, pengguna berpeluang mengumpulkan 16 kad bergambar yang menampilkan koleksi Pokémon seperti Pikachu, Bulbasaur, Charmander dan banyak lagi melalui pembelian multipek OREO Pokémon yang akan menerima satu kad bergambar di dalam setiap pek tersebut.
Sementara itu, peminat juga berpeluang untuk memenangi koleksi barangan OREO Pokémon dengan hanya perlu membeli mana-mana produknya dengan nilai minimum RM15 bagi menebus koleksi barangan menarik seperti pinggan, gelas, atau gelas dengan pemegang biskut produk itu.
Selain itu, peminat turut berpeluang memenangi hadiah lampu dua dimensi dan set syiling besi OREO Pokémon sekiranya berjaya menemukan Mew yang merupakan biskut paling sukar untuk ditemui dalam koleksi ini.
Artikel lain: Keluaran edisi terhad, kolaborasi Oreo dan kumpulan Blackpink buat peminat teruja!
Untuk memenangi koleksi berkenaan, peminat perlu beli, cari dan berkongsi gambar bersama biskut Mew OREO Pokémon di Facebook dan Instagram dengan tag @oreo.mysg serta #FindMew dalam tempoh praduan iaitu pada 1 Mac hingga 31 Mei 2024.
Kempen ini mengajak para peminat untuk berkongsi kegembiraan mereka dan saling berhubung dengan rakan peminat yang lain di dalam talian menggunakan #PlaywithOREOPokemon.
Koleksi OREO Pokémon boleh didapati secara dalam talian seperti Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut, layari media sosial OREO iaitu Facebook dan Instagram.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source