Pandai memasak, Leona seloroh letak hantaran RM10 juta -“Saya boleh jadi isteri!”
Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona seloroh letak hantaran RM10 juta selepas memuji masakannya, baru-baru ini.
Leona puji diri dah pandai masak
Dalam hantaran dimuat naik, dilihat gadis berusia 22 tahun itu memuji masakanya meskipun ia hanya menu ringkas dengan meletakkan sedikit kicap di dalam nasi tersebut.
Sambil duduk bersila atas kerusi di dapur, Leona bertanya gerangan yang memasak nasi dan lauk ayam bersama kicap kerana ia sangat sedap.
“Sedap! Oh my god! Siapa masak ni? Saya! Saya yang masak ini.
“Saya dah boleh jadi isteri,”katanya dengan nada gembira sambil berseloroh.
Artikel lain: Ditegur pelat berbahasa Melayu, Leona anggap cara bercakap dah sempurna
Leona seloroh letak hantaran RM10 juta
Dalam pada itu, dia yang kini menuntut di University of Bath berseloroh dan meminta mereka yang mahu memperisterikannya supaya masuk meminang.
Apa yang membuatkan ramai tertarik apabila pempengaruh itu meletakkan nilai hantaran berjumlah RM10 juta selepas menyedari masakan yang dimasaknya sedap.
“Siapa nak kahwin dengan saya?Datang sini melamar saya. Hantaran saya RM10 juta,”selorohnya.
@leonathe2nd
Random betul, macam close friends
Seloroh Leona yang juga anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman berjaya mencuit hati ramai warganet terutama dalam kalangan pengikut media sosialnya.
Malah, ada yang meninggalkan pertanyaan sama ada mereka perlu berada dalam ‘circle’ rakan terdekat Leona kerana perlu menikmati video itu di TikTok.
Sumber: TikTok @leonathe2nd
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source