Gulai Ayam Kelate, Makan Sekali Mesti Nak Repeat
Menu sambal daging pedas memang sesuai dan sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau nak makan dengan nasi impit pun sesuai juga.
Cara nak masak 4 resipi sambal daging ini pun mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, tapi rasa tetap sedap.
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tomato – beli online di sini
1 sudu makan sos cili – beli online di sini
1 sudu makan air asam jawa – beli online di sini
1 biji bawang besar hiris – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak – beli online di sini
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
2cm halia – beli online di sini
1 batang serai – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
3. Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak. Tutup api, sambal daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini
5 sudu makan kicap manis – beli online di sini
3 sudu makan kicap pekat – beli online di sini
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas – beli online di sini
2 batang serai | hiris – beli online di sini
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang – beli online di sini
4 ulas buah pelaga – beli online di sini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
2. Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
3. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
5. Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak. Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan.
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 biji limau nipis | jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
3 batang serai | hiris
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
3 biji cili hijau – beli online di sini
10 biji cili padi – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
3. Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
4. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, terus kacau seketika.
5. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar – beli online di sini
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
2. Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak. Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
3. Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi. Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
4. Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. Tutup api, sambal daging berkacang sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source