Korbankan kerjaya bersama Dolla? Netizen harap Syasya dihargai suami
Netizen harap Syasya dihargai suami selepas bekas ahli kumpulan Dolla itu meninggalkan kariernya yang sedang memuncak kerana mahu berkahwin.
Baru-baru ini, Syasya telah memuat naik beberapa foto di Instagram memaparkan dia selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan hatinya.
Menerusi ruangan komen perkongsian itu, ramai warga maya yang mengucapkan tahniah kepada gadis berusia 23 tahun itu atas perkahwinannya.
Semoga berjaya di masa hadapan….
Nak kahwin rupanya…
Tahniah Syasya!
Pada masa yang sama, pihak Universal Music Malaysia juga telah mengesahkan perkahwinan itu merupakan antara sebab utama Syasya meninggalkan Dolla.
Menerusi tinjauan di X, rata-rata orang ramai terutama peminat kumpulan Dolla dan Syasya sendiri berharap agar suami gadis itu menghargai pengorbanannya.
Artikel lain: Terima ucapan tahniah daripada peminat, Syasya Rizal didakwa sudah bernikah?
Menurut warganet, pengorbanan Syasya meninggalkan Dolla sangat besar apatah lagi pada ketika kumpulan itu sedang membina nama di luar negara.
Pengorbanan dia besar, harap Syasya dihargai suami
Syasya ambil langkah yang drastik masa kumpulan dia tengah naik
Dia pilih untuk tinggalkan Dolla untuk lelaki
Netizen harap Syasya dihargai suami – ‘kena hargai dia!’
Disamping itu, ramai juga warga maya yang menyuarakan sokongan mereka atas pernikahan itu dan keputusannya untuk meninggalkan dunia hiburan.
Kenapa salahkan suami dia? Ni pilihan Syasya
Betul, dia pilih akhirat berbanding dunia
Dalam pada itu, ada juga individu yang jelas-jelas meluahkan rasa kecewa atas keputusan Syasya meninggalkan Dolla untuk berkahwin.
Harap berbaloi pilih lelaki daripada peminat
Seorang lelaki hancurkan Dolla
Kalau dah jodoh, memang tak kemana kan. Doakan yang baik-baik untuk Syasya dan Dolla je la…
Sumber: X @_flowerygyu, @sya2rizal & @tubatushooter, X
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source