“Macam mana nak ada hati baik macam Abby Abadi?” -Netizen
“Macam mana nak ada hati baik macam Abby Abadi?”
Antara soalan yang ditulis netizen di media sosial apabila melihat perkongsian selebriti, Abby Abadi yang bersama-sama berkumpul dengan ahli keluarga termasuklah anaknya, Marissa Dania walaupun sebelum ini mereka dilanda kontroversi.
Masing2 nampak bahagia
Dapat dilihat keluarganya dan keluarga bekas suami, Norman Hakim gembira melakukan aktiviti bersama-sama sambil menikmati juadah hari raya dalam sambutan lebaran keluarga mereka.
Sudah pasti perkongsian video bersama Memey Suhaiza dan anak-anak mereka menarik perhatian ramai memadangkan hubungan mereka tetap baik walaupun sebelum ini sedikit terganggu dengan hal-hal yang heboh diperkatakan.
Artikel lain: Senang betul jadi lelaki, ambil mudah tanggungjawab selepas cerai – Abby Abadi
“Macam mana nak ada hati baik macam Abby Abadi? –Tanya netizen
Keakraban dan kelembutan hati Abby dalam menghadapi pelbagai dugaan telah membuatkan netizen kagum dan bertanya bagaimana caranya untuk mendapatkan hati sebaik selebriti tersebut.
Mereka juga berdoa supaya suatu hari nanti mendapat hati yang sabar seperti pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan itu kerana begitu cekal menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan.
“Macam mana nak ada hati baik macam Abby Abadi?” –Ramai doa dapat sesabar Abby
Salute dengan Abby Abadi sebab terlalu positif
Sedar tak sedar, cara Abby ni satu dakwah
Abby percaya esok pasti lebih baik dari hari ini
Menjengah ke hantaran yang dibuat Abby Abadi, dia menyatakan rasa percaya bahawa hari esok akan lebih baik daripada hari ini.
Dia juga berharap supaya ukhwah yang terjalin akan kekal sampai bila-bila serta mendoakan yang terbaik buat semua termasuklah anak-anaknya.
Terdahulu, isu anak keduanya, Marissa Dania yang dikatakan menjadi isteri kedua lelaki dikenali sebagai Ahmad Aslam telah menjadi perbualan ramai sejak penghujung tahun lalu.
Nama Abby Abadi dan Norman Hakim turut terseret sama sehingga ada ketika mereka seakan berbalah di ruangan komen Instagram susulan beberapa perkongsian yang menyetuh hal kontroversi itu.
Namun begitu, melihat daripada perkongsian di hari raya tempoh hari, masing-masing seakan sudah berdamai dan Marissa Dania juga telah kembali kepada keluarga apabila turut datang bersama suaminya, Aslam.
Sumber: Instagram mamayebbyyabadi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source