Isteri Fizi Ali Mengidam Kunyah Ais, Hari-Hari Mesti Nak Kena ‘Makan’
Isteri Fizi Ali mengidam kunyah ais. Kerenah isteri penyampai radio itu, Siti Zulaikha yang sedang hamil, mencuri perhatian ramai apabila mengidam untuk mengunyah ais setiap hari. Ujar Fizi, kalau keinginan isterinya tidak dipenuhi, dia akan muncung sampai boleh gantung penyangkut baju.
Isteri Fizi Ali Mengidam Kunyah Ais
Artikel lain: Dari Kami Berempat Isteri Fizi Ali Hamil, Wargamaya Nampak Baby Bump!
Dalam hantaran di Instagram, Fizi berkongsi video pendek ketika dia keluar membeli sebungkus ais dan merakamkan detik-detik isterinya mengunyah ‘makanan’ yang diidamkannya itu.
“Yang sedang mengandung mesti ada rasa mengidam kan? Tapi, orang rumah saya mengidam satu benda. Hari-hari nak kena ada ini.
“Dia tak dapat benda lain tak kisah. Tak banyak kerenah. Tapi! Kalau tak dapat benda ini mesti muncung sampai boleh gantung penyangkut baju.
“Kepada wanita mengandung, apa lagi yang anda mengidam seperti Siti Zulaikha? Ada pelik tak?” tulis Fizi.
View this post on Instagram
Hari-Hari Mesti Nak Kena ‘Makan’
Perkongsian Fizi menarik perhatian ramai pengikutnya di platform media sosial itu. Berikut antara komen-komen warga maya.
Pada masa sama, ada juga warga menegur tindakan Zulaikha yang berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan pada giginya.
Lagi artikel: Alhamdulillah, Syukur Akhirnya Dapat Jumpa Anak 1 Mac Ini, Fizi Ali Ambil Cuti Bawa Anak Jalan-Jalan!
Fizi sebelum itu mengumumkan berita kehamilan isterinya pada 10 April lalu dan berkongsi gambar ‘baby bump’ isterinya.
Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober lalu selepas bercerai dengan pelakon Shakilla Khoriri pada Disember 2021.
Sumber: Instagram Fizi Ali
Baca lagi: Yang Penting Dia Kena Dapatkan Kasih Sayang Ibu Ayah& Fizi Ali Sebak Terlalu Rindu Anak!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Isteri Fizi Ali Mengidam Kunyah Ais, Hari-Hari Mesti Nak Kena ‘Makan’ appeared first on Pa&Ma.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source