Dua beradik teruja, pemilik tunaikan permintaan naik Lamborghini -“Si abang hidap leukemia”
Dua beradik teruja apabila pemilik kereta Lamborghini tunaikan permintaan mereka untuk naik kenderaan tersebut selepas tular di media sosal menerusi satu hantaran di Facebook Orang Wangsa Maju.
Anak minat, teringin naik Lamborghini
Sebelum ini, tular hantaran dimuat naik admin grup tersebut dengan mengepilkan gambar kereta yang diambil oleh anaknya kira-kira 4.30 petang pada 18 April lalu.
Menurut wanita itu, anaknya yang berusia 8 tahun amat memintati dan mahu menaiki kereta itu.
“Sampai ke hari ini anak saya (umur 8 tahun) nak naik kereta ni.. jenuh la saya nak mencari owner kereta ni.. Ada siapa kenal ke? Dapat bergambar tepi kereta pun jadilah lepaskan hajat dia..”tulisnya pada hantaran tular tersebut.
Pemilik tunaikan permintaan dua beradik
Hasrat keluarga itu akhirnya tercapai apabila pemilik kereta tersebut berjaya dikesan apabila kawan kepada pemilik kenderaan tersebut terbaca hantaran berkenaan di Facebook.
Kawan kepada pemilik kenderaan tersebut juga telah memuat naik sebuah video dan menceritakan bagaimana dia membantu keluarga tersebut bertemu dengan pemilik.
Maklumnya, dia ada terbaca hantaran tular dan seakan mengenali pemilik kereta Lamborghini berkenaan dan memetik akaun kawannya.
“.. dan ya, memang dialah orangnya. Diringkaskan cerita, member aku ni pun hubungi kakak ni untuk berjumpa malam semalam dengan nak tunaikan impian budak ni.
“Deme (mereka) datang empat beranak. Ibu, kakak, abang dan adik. Ayahnya outstation. Si adik inilah yang berhajat besar nak tengok dekat-dekat kereta ni tapi abangnya pun sama teruja,”kongsinya.
Salah seorang rupanya hidap Leukemia
Lebih meruntun jiwa pemilik kereta tersebut apabila salah seorang daripada mereka menghidap Leukemia dan sedang menerima rawatan.
“Si abang menghidap Leukemia dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pun kongsi minat yang sama.
“Masa ni, aku nampak riak muka member aku ada berubah sikit. Terkesan kot dia sambil dia usap rambut si abang,”kongsinya lagi.
Bawa makan, ronda naik Lamborghini
Mereka kemudiannya di bawa ronda di kawasan sekitar dengan menaiki kereta tersebut selepas selepas belanja makan.
Selepas mereka makan bersama-sama, pemilik kereta itu membawa dua beradik itu meronda di kawasan sekitar.
“Lepas belanja makan, member aku ni bawalah dua beradik ni naik kereta ronda-ronda sambil buat onar belanja bunyi. Balik dari ronda-ronda tu memang aku nampaklah abang adik muka happy and excited.
“Lepas tu dua beradik tu bergambar puas-puas dengan kereta tu kat situ. Jujur sebelum sampai kedai member aku tu, aku fikir ni satu lagi happy ending sebab impian budak-budak tu tercapai,”tulis kawan kepada pemilik kenderaan tersebut pada satu hantaran.
@mikaelhidayat Semalam ada baca satu hantaran macam tular jugalah di group Orang Wangsa Maju Aku rasa macam kenal pemilik kereta yang kakak ni maksudkan dan cubalah tag member aku tu dan ya memang dialah orangnya Diringkaskan cerita, member aku ni pun hubungi kakak ni untuk berjumpa malam semalam dengan nak tunaikanlah impian budak ni Dema datang empat beranak. Ibu, kakak, abang dan adik, ayahnya outstation Si adik ni lah yang berhajat besar nak tengok dekat2 kereta ni tapi abangnya pun sama teruja Aku kat situ cuma buat ramai je lah, sambil mendengar ibu budak ni kabo mmg si adik memang peminat kereta gini sambil si kakak yang agak pendiam senyum2 je mendengar Menariknya, si abangnya yang menghidap Leukemia dan tengah treatment di HKL pun kongsi minat yang sama. Masa ni, aku nampak riak muka member aku ada berubah sikit, terkesan kot sambil kerapkali dia mengusap rambut si abang Ibunya sambung cerita, yang dia tak tahu apa cara nak tunaikan impian anaknya tu, itu yang dia minta tolong ke admin group Lepas belanja makan, member aku ni bawalah dema dua beradik ni naik kereta ronda2, sambil membuat onar belanja bunyi. Balik dari ronda2 tu memang aku nampaklah abang adik muka happy and excited Lepas tu dema dua beradik bergambar le puas2 dgn kereta tu kat situ Jujur sebelum sampai kedai member aku tu, aku fikir ini satu lagi cerita happy ending sebab impian budak2 tercapai Tapi lepas tengok depan mata sendiri, aku terfikir beberapa benda jugalah Antaranya Mustahil macam mana pun impian seorang ibu untuk anaknya, jika Tuhan izinkan, tetaplah jadi walau tak disangka cara Sekecil perkara buat kita, sebesar-besar maknanya untuk orang lain, kadang-kadang orang yang kita tak kenal pun Last sekali, hujan takde angin pun takde, kenapa mata member ni tetiba masuk habuk? btw, member aku ni sangat low profile, dia seboleh-bolehnya nak buat benda ni senyap je tapi aku pedulik apa fyppppppppppppppppppppppp lamborghini choosehappiness
Artikel lain: Gadis dikecam persenda mangsa korban nahas helikopter TLDM
Terima kasih orang baik..
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan mereka meninggalkan ucapan terima kasih atas jasa serta kebaikan yang dilakukan oleh individu terbabit bagi menunaikan permintaan dua beradik itu.
Sumber: TikTok @mikaelhidayat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source