Makin panas! Sarah Yasmine dedah tangkap layar WhatsApp Ruhainies & Aliff Aziz
Kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmin sekali lagi menarik perhatian netizen selepas dedah tangkap layar WhatsApp perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz.
Menerusi beberapa hantaran dimuat naik di Instagram, Sarah memaklumkan tindakannya itu adalah berpunca daripada sikap Ruhainies kerana telah berbohong kepadanya.
“Ini yang kamu dapat apabila telah menipu saya DUA KALI ‘NRF’ (Ruhainies). Dia (Aliff Aziz) juga tahu bagaimana keadaan saya apabila dibohongi,”katanya.
Sarah Yasmine dedah tangkap layar WhatsApp Ruhainies & Aliff Aziz
Pesanan WhatsApp yang dikongsikan oleh Sarah Yasmine itu jelas memaparkan kedua-dua selebriti itu mengutuk tindakan isteri Aliff Aziz yang juga aktres, Bella Astillah dan sebuah jenama produk kesihatan.
Dakwa perbualan tersebut, produk kecantikan tersebut mengambil Bella sebagai menumpang kontroversi kes khalwat mereka.
“Bella ambil Kitsui tu juga rupanya. Dia tak malu ke? Kalau saya memang takkan ambil,”petik perbualan Ruhanies dan Aliff Aziz.
Hati-hati, jangan masuk perangkap
Dalam hantaran tangkap layar berikutnya, Ruhainies didakwa meninggalkan pesanan buat Aliff Aziz agar berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan bagi mengelakkan diri daripada masuk perangkap.
Suka sangat manipulasi?
Sarah turut mendedahkan Ruhainies merupakan seorang yang suka memanipulasi orang lain termasuklah Aliff. Ini kerana, peguam yang mewakili Aliff dalam perbicaraan kes khalwat membabitkan dirinya dan Ruhainies turut dibayar oleh aktres itu.
Emma, Chacha dakwa Bella Astillah ‘try hard’?
Pada masa yang sama, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga turut dipetik dalam perbualan mereka.
Menerusi perbualan tersebut, Ruhainies mendakwa Emma dan Chacha mengatakan kenyataan yang dibuat Bella sebelum ini adalah sesuatu perkara ‘try hard’ untuk membuatkan netizen percaya dengan apa yang dikatakannya.
Dekat set jangan cerita kuat-kuat
Tidak cukup dengan itu, Aliff meminta Ruhainies agar tidak lantang bercerita di set penggambaran kerana bimbang segala tindakan mereka dihidu oleh ‘penyampai’ dan ia akan diketahui media.
Akui Aliff, dia juga sudah muak dengan semua video ‘lakonan’ isterinya, namun perlu bersabar.
Sumber: IG Sarah Yasmine
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source