Guna kod rahsia, netizen sindir Kementerian di bawah Mat Sabu -“BTPM
Guna kod rahsia dalam sebuah hantaran di laman Facebook, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu telah menerima kecaman dan sindiran daripada warganet.
KPKM guna kod rahsia
Menerusi hantaran tular, KPKM dilihat menggunakan kod rahsia seiring dengan perkembangan semasa isu penularan tangkap layar perbualan WhatsApp selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies.
Dalam hantaran itu, Kementerian tersebut menggunakan beberapa huruf yang membawa maksud kepada agenda mereka termasuk ‘kod cinta’ kedua-dua selebriti terbabit.
BTPM – Beras Tempatan Pi Mana?
Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima lebih seribu tanda ketawa di laman Facebook kerana dilihat tidak profesional bagi sesebuah kementerian untuk masuk campur isu kontroversi terutama dunia hiburan.
Rata-rata warganet menyifatkan KPKM tidak profesional dan perlu mengetahui batas untuk berinteraksi dengan masyarakat.
Malah, mereka juga menasihati KPKM untuk terus fokus menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat terutama melibatkan beras tempatan.
Artikel lain: Dituduh bergambar mesra dengan Mat Sabu, isteri DDNK buat laporan polis
Ingatkan Facebook kena godam
Sekadar info, P I N T A R yang dimaksudkan merupakan Program Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat dan ia merupakan penukaran permainan buat sektor agromakanan negara.
Pelaksanaan dan pembudayaan konsep PINTAR menekankan pelaksanaan dan pembudayaan inovasi dan reengineering dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan akan diberikan penekanan yang komprehensif bagi keterjaminan makanan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source