Netizen ungkit kes lama Aliff Aziz -“Bella kutip dia, beri kehidupan lebih baik tapi…”
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai kontroversi yang membabitkan dua selebriti iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Malah, isu tersebut bertambah buruk apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengaku sebagai kekasih dan sudah jalin hubungan bersama Aliff Aziz sejak Januari lalu.
Aliff Aziz
Artikel lain: Gambar lama lelaki suap Ruhainies makan dalam kereta tular kembali
Malah, baru-baru ini juga Sarah telah menularkan beberapa tangkap layar perbualan antara dua pelakon tersebut yang dilihat mengutuk serta mencaci Bella Astillah sehingga undang kemarahan netizen.
Ekoran pendedahan tersebut, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati selain mendakwa aktor Aliff Aziz seorang yang tidak bersyukur memiliki isteri seperti Bella Astillah yang sanggup menerimanya meskipun pernah terpalit dengan pelbagai kes sebelum ini.
And after all, Bella kutip him, get him good life, good car, with so many chances to be a better person. Menang GV, dapat banyak jobs atas doa & sabar seorang isteri. In conclusion, takyah kesian kat laki & rasa you can change them. Buat sakit jiwa je bela laki bodoh https://t.co/SGjgOeqNEw
— Efahanie (@efaperfume) April 25, 2024
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, individu tersebut imbau kembali kes-kes Aliff Aziz lima tahun lepas ketika menetap di negara asalnya, Singapura.
Dalam perkongsian tersebut, individu itu kagum dengan pengorbanan Bella Astillah yang sanggup memberi peluang kedua kepada suaminya dengan memberikan kehidupan yang lebih baik.
Aliff Aziz
Bagaimanapun, pengorbanan itu menjadi sia-sia apabila Bella Astillah telah dicurangi walaupun sudah berkali-kali cuba untuk mempertahankan rumah tangga demi anak-anak.
“And after all, Bella kutip him, get him good life, good car, with so many chances to be a better person. Menang GV, dapat banyak jobs atas doa dan sabar seorang isteri.
“In conclusion, takyah kesian kat laki dan rasa you can change them. Buat sakit jiwa je bela laki b****,” ujar wanita tersebut yang dikenali sebagai Efa Hanie.
Terdahulu, aktor Aliff Aziz enggan untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah atas sebab masih sayang ketika sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bella kemudiannya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: X @efaperfume
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source