Raih keputusan cemerlang, ucapan anak sulung Rita Rudaini buat ramai sebak
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin raih keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 48 tahun itu di laman Instagramnya, kelihatan Ryan yang lengkap berpakaian sekolah menzahirkan ucapan penghargaan buat ibunya.
Raih keputusan cemerlang
Artikel lain: Rita Rudaini dakwa Zaquan Adha punca hasut bekas suami, tak mengaku anak dikandung
Dalam video tersebut, Ryan berkata gred purata nilai 3.99 yang diperoleh adalah hadiah untuk ulang tahun kelahiran ibunya pada 11 April lalu.
“Terima kasih mommy sebab dari kecil sehingga besar mommy jaga Ryan. Daripada bayi, mommy tolong ajar Ryan berjalan sampai Ryan mendapat pointer 3.99. Sikit lagi nak dapat straight A+. Cuma satu sahaja A-,”
“Semester hadapan, Ryan akan cuba buat lagi baik buat mommy. 3.99 ini juga hadiah hari lahir buat mommy. Ryan akan cuba pula dapatkan 4 flat untuk mummy,” katanya.
Raih keputusan cemerlang
Dalam pada itu, Rita Rudaini akan memastikan anak-anaknya akan berjaya dari segi akhlak dan pendidikan serta menitipkan ucapan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan Ryan.
“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tahun ni Ryan top 10 batch student lagi tapi kali ni dekat SUBES pula. Tahniah.
“Mommy akan pastikan anak-anak mommy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa mommy selalu bersama anak-anak. Terima kasih ustazah. Tahniah Ryan, kawan-kawan dan ustazah,” tulisnya pada kapsyen.
Tahniah Ryan!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan ucapan Ryan buat ibunya dan menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan dalam pembelajaran.
Semoga dipermudahkan urusan
Bukan itu sahaja, ramai mendoakan agar Ryan sentiasa dipermudahkan dalam menuntut ilmu dan berharap Rita sentiasa kuat dalam membesarkan dua anak lelakinya.
Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain boal sepak JDT iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand.
Bagaimanapun, mereka telah bercerai pada September 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: Instagram @Rita Rudaini
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source