“Nafkah anak tak bagi, dengan alasan sebab ex dah kahwin” -Ubai
“Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab ex dah kahwin. So tanggungjawab anak dah pindah ke suaminya (WTF)”
Ciapan yang dibuat pempengaruh dan juga suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubai telah menjadi perhatian ramai di platform X seakan geram dengan tindakan seseorang.
Boleh pula cakap tanggungjawab jatuh dekat suami baru
Ujarnya, nafkah anak yang hanya RM350 tidak diberikan walaupun ia adalah tanggungjawab bapa kandung namun seakan tidak menerima apabila suami baru kepada bekas isteri memberikan nafkah kepada anaknya.
“Bila suami ex bagi duit nafkah dekat anak kau, kau cakap tu semua duit ex kau, bukan duit suaminya. Sebab suaminya tak kaya,
Hahahahahahah biawak hidup ni kang…” tulis Ubai lagi.
Nafkah anak tak bagi, anak minta kasut pun tak dilayan
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli itu turut seakan mengungkit bahawa bekas suami kepada individu dimaksudkan langsung tidak memberikan sebarang nafkah, termasuklah membelikan kasut seperti yang diminta anaknya.
Dedahnya, ketika sebelum berpisah lagi, bekas pasangan sudah menanggung lelaki itu termasuklah memberikan tempat tinggal dan juga kenderaan.
Lebih menyedihkan, bil hospital untuk bersalin anak juga langsung tidak diambil peduli hingga bekas isteri yang menanggung sepenuhnya.
Artikel lain: Lalui pahit manis 2023, Shila Amzah & Ubai umum bakal timang cahaya mata
Nafkah anak tak bagi, netizen boleh agak siapa
Perkongsian Ubai itu telah menjadi perbualan ramai dan rata-rata dapat menganggak bahawa individu yang dimaksudkan adalah bekas suami kepada Shila Amzah.
Rata-rata mereka berasa geram dengan tindakan tersebut kerana sangat keterlaluan lebih-lebih lagi terhadap nafkah anaknya sendiri.
Geram baca pasal nafkah anak tak bagi, macam tiada ilmu agama
Nafkah tetap tanggungjawab bapa kandung
Kesiannya dekat Sya
Untuk rekod, Ubai dan Shila Amzah telah mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Pasangan tersebut kini sedang menanti hari bahagia kelahiran anak mereka apabila penyanyi itu memaklumkan dirinya hamil pada pada awal tahun ini.
Sebelum berkahwin dengan pempengaruh tersebut, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki Elias pada April 2018 namun berpisah pada tahun Februari 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: X UbaiMz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source