Sarah Yasmine minta netizen bersikap rasional & beradab, beri sokongan kepada Aliff Aziz
Wanita mengaku kekasih aktor Aliff Aziz, Sarah Yasmine minta netizen bersikap rasional dan beradab sebelum melakukan sebarang tindakan berhubung isu tular membabitkan konflik rumah tangga selebriti asal Singapura.
Sarah Yasmine minta netizen bersikap rasional
Sarah dalam hantaran dimuat naik di platform Instagram Story miliknya meminta orang ramai agar bersikap rasional dan beradab di media sosial.
Menurutnya, ia bagi mengelakkan Aliff Aziz menjadi tertekan dan sekali gus bertindak membunuh diri sendiir disebabkan tindakan orang ramai terhadapnya.
“Saya harap anda semua boleh bersikap rasional dan beradab juga untuk memberi sokongan kepadanya.
“..dan tidak menjadikan kata-kata anda sebagai sesuatu yang boleh membuatkan (Aliff Aziz) akan menjadi tertekan dan bunuh diri hanya kerana dia sebenarnya tidak menyedari tindakannya telah menyebabkan orng sekeliling terluka,”katanya.
Artikel lain: Sarah Yasmin kongsi audio Aliff Aziz menangis, merayu jangan ditinggalkan
Aliff tak sedar
Ujarnya lagi, suami kepada penyanyi Bella Astillah itu tidak menyedari segala tindakannya yang dilakukan sehingga ia telah menimbulkan kekacauan seperti kini.
“Dia hanya akan sedar perkara seperti ini berlaku kerana dirinya memulakan terlebih dahulu dan menyebabkan semua kekacauan ini.
“Saya tidak fikir Aliff Aziz memerlukan bantuan merawat dirinya atau menambah kebencian, selain mendapatkan bantuan profesional kerana apa yang berlaku pada 2019 telah menyebabkan dia berdepan dengan banyak masalah.
“Itulah sebabnya dia melakukan semua ini dan mencederakan orang sepanjang masa tanpa dia sedar,”kata Sarah Yasmine.
Dalam pada itu, Sarah Yasmine berterima kasih atas sokongan orang ramai terhadapnya termasuk mereka yang benci dengan tindakannya (membangkitkan isu) sejak kebelakangan ini.
Sumber: Instagram sarahyasminekh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source