Dihina jadi penghantar barang, Hafidz Roshdi cuma cari rezeki anak2
Pelakon, Hafidz Roshdi cuma cari rezeki anak2 namun telah dihina susulan kini bekerja sebagai penghantar barang.
Menurut hantaran yang dibuat pelakon tersebut di Insta Story, dia mendapat tahu bahawa pekerjaannya kini telah dihina susulan sudah tidak kelihatan di kaca televisyen sesudah kontroversi yang berlaku awal tahun lalu.
Terbaca ada yang hina, Hafidz Roshdi cuma cari rezeki anak2
Ujarnya, dia gembira sahaja menjalani pekerjaan yang dilakukannya sekarang tetapi terbaca ada pihak yang menghina pekerjaannya.
“Saya happy kerja dengan Lalamove Malaysia. Tapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ni.
“Apapun doakan saya terus sihat untuk berkhidmat demi pendapatan yang halal dan nafkah anak-anak…” tulisnya.
Artikel lain: Shuhada pula bersuara, bengang dengan individu guna agama tutup kesalahan
Hafidz Roshdi cuma cari rezeki anak2, happy dengan kerja sekarang
Perkongsian yang dibuat pelakon itu pastinya mendapat perhatian selepas lama mendiamkan diri sejak isu penceraiannya menjadi luputan di Malaysia tahun lalu.
Dia yang kini sudah berumah tangga dengan wanita yang dikaitkannya sewaktu masih bersama Nurul Shuhada Mat Shukri nampaknya terlihat bahagia dengan isteri baru apabila berkongsi gambar berdua sewaktu hari raya kelmarin.
Sekadar info, Hafidz Roshdi pernah berkahwin dengan Shuhada pada 30 April 2016 namun sah bercerai talak satu pada Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata dikenali sebagai Humairah,6 dan Umar, 3.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source