Ibu Puteri Balqis terkilan, kes cabul anak tak dapat pembelaan
Norashikin Mohd. Aziz, ibu Puteri Balqis terkilan kerana kes cabul anaknya itu tidak mendapat pembelaan yang wajar walaupun sudah bertahun-tahun berlaku.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish, Norashikin berkata bukan sahaja tidak dibela, malah semakin ramai yang melemparkan kutukan.
Ibu Puteri Balqis terkilan, kes cabul anak tak dapat pembelaan
Menurut Norashikin, individu-individu yang mengutuk dirinya termasuklah agamawan yang berkata pendedahan dua tahun lepas bagaikan membuka aib.
“Untuk apa yang jadi, tak adil sebenarnya untuk kami. Kes bercerai, setakat bercerai, tak dikatakan aib. Tak ada perkataan aib daripada ustazah, tak ada artis kata itu aib tapi semua cakap itu women empowering.
“Tapi waktu kes kami (kes cabul anak), semua masuk campur kata buka aib termasuk artis sendiri dan orang beragama, kata buka aib,” katanya.
Norashikin juga menggelar individu-individu yang bersubahat dalam kes itu sebagai kejam kerana sudah mendiamkan jenayah itu lebih daripada satu tahun.
Sudah bertahun, ibu Puteri Balqis terkilan kes anak tak terbela
“Saya tak pergi mana-mana temu bual sebab saya tahu, dalam industri ni tak okay. Saya tahu, orang akan ambil kesempatan. Saya tak nak orang ambil kesempatan ke atas anak saya.
“Tapi bila kes kami dipinggirkan dengan apa yang kami kena, sebagai jenayah, ini tak adil,” ujarnya.
Tambahnya, dia dan anaknya sudah menderita lebih daripada 10 tahun namun tiada sesiapa yang membantu malahan menuduh mereka melakukan fitnah.
Artikel lain: Puteri Balqis sedih lihat remaja terpaksa kahwin muda – “Ibarat petik bunga belum berkembang”
“Untuk orang yang macam saya, dah menderita bukan setahun tapi lebih daripada 10 tahun dan diamkan sebab saya tak ada siapa-siapa, sangat tak adil dan kami juga dikatakan memfitnah,” luahnya.
Norashikin juga berkata baginya tiada masalah jika dia dikatakan sebagai ibu yang bermasalah dan gagal mempertahankan anaknya.
“Saya tak ada masalah saya mak yang si*l atau kata saya mak yang jahat, saya tak ada masalah. Sebab orang macam kami ni sentiasa dipinggirkan walaupun kami pertahankan anak lebih daripada orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Norashikin turut meminta agar orang ramai berhenti melabel apa yang dia dan anaknya lalui adalah aib dan tidak wajar dikongsi.
“Jangan kata benda ni semua aib, tak. Ini jenayah,” katanya sambil menangis teresak-esak.
Norashikin sempat menitipkan pesanan, sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya, dia berharap anaknya tidak diberikan kepada ahli keluarganya.
“Kalau ada apa-apa jadi pada saya, biar anak saya duduk sorang-sorang. Saya tak benarkan siapa pun keluarga saya untuk ambil dia.
“Sebab kalau salah seorang dapat anak saya terutama kakak saya, anak saya mati, anak saya akan jadi macam saya malah lebih menderita lebih daripada saya,” luahnya.
Terdahulu, Aqish pernah mendakwa dia menjadi mangsa amang seksual ketika kecil menerusi satu temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube.
Disebabkan pendedahan itu, ia mengejutkan ramai pihak dan telah mengundang pelbagai reaksi seperti berasa kasihan, namun ada juga yang berpendapat Aqish telah membuka aib dirinya.
Sumber: Instagram Puteri Balqis
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source