Penyondol buat industri huru-hara? Zed Zaidi meluat! “Murah sangat maruah kau”
Pelakon, Zed Zaidi meluat dipercayai terhadap kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine setelah didakwa membuat industri huru-hara melalui pendedahannya di media sosial.
Menerusi perkongsian di TikTok, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil memuat naik sebuah video sebagai respon terhadap isu curang yang tular kebelakangan ini.
Zed Zaidi meluat!
@rozaidijamil Pagi pagi aku dah terasa meluat nak muntah pun ada bila aqidah pun kau tak faham rasa malu tu dah takde.. #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit🇲🇾 #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia
Dalam video berkenaan, Zed menyatakan terdapat individu yang memperlihatkan imej Islam daripada segi luaran namun tidak mengamalkan akidah yang sebetulnya.
“Bukak je media sosial, sana sini semua cerita pasal kau. Luaran kau nampak Islam, tapi akidah dia tak faham,” katanya baru-baru ini.
Zed Zaidi meluat hadap isu aib?
Dia mendakwa, wanita berkenaan dianggap tidak mempunyai sifat malu memandangkan berasa bangga dan hebat apabila dapat membuka aib orang lain termasuk diri sendiri.
Artikel lain: ‘Banned’ Aliff Aziz & Ruhainies? Seniman tunggu keputusan mahkamah – Zed Zaidi
Foto: IG Zed Zaidi
Selain mempersoalkan maruah individu kontroversi terbabit, Zed turut menyifatkan wanita tersebut tidak memiliki perasaan malu sekali gus mengasihani nasib kedua ibu bapanya.
“Buka aib orang dianggap hebat. Buka aib sendiri, itu yang dibanggakan. Mana maruah kau? murah sangat sampai tak tahu malu. Kesian mak bapa kau,” ujarnya.
Sementara itu, Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ada memuat naik sebuah lagi video untuk memberi penjelasan terhadap ulasannya yang terdahulu.
Tak cukup satu video, Zed Zaidi meluat sampai tampil jelaskan lagi
@rozaidijamil Dengar penjelasan aku ni, aku tak sokong mana mana pihak apa yang aku buat ni atas tanggungjawab aku untuk mengelakan perpecahan dalam industri seni kerana minah tu!!! #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit🇲🇾 #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia #inimalaysialah
Dalam video tersebut, Zed menjelaskan bahawa dia tidak kisah berhubung pendedahan awal yang dibuat oleh wanita tersebut tentang isu rumah tangga yang melanda pelakon, Bella Astillah dan Aliff Aziz.
Foto: Kosmo! Online
Namun, Zed menganggap pendedahan wanita itu yang turut membabitkan selebriti lain sekali gus menyebabkan industri hiburan tanah air seolah-olah semakin huru-hara.
“Bila dia dedahkan pasal benda tu, aku tak ada isu tapi bila dia dedahkan tentang topik lain pula. Dedah sana sini.
“Dan semua yang dia tuding jari itu artis-artis. Itu semua dibawah tanggungjawab aku. Lepas tuding itu semua, huru-hara aku punya industri,” jelasnya.
Zed yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga artis-artis Malaysia turut memaklumkan tentang empat dasar yang diperjuangkan oleh Seniman termasuklah menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis di negara ini.
“Semua aku nak kena jaga. Ingat benda tu mudah ke? kau kena faham empat dasar yang seniman perjuangkan,” tambahnya.
Foto: Sinar Harian
Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan orang ramai yang menyokong tindakan wanita terbabit sedangkan rakyat Malaysia sendiri tidak bersetuju dengan kehadiran penyondol.
Sumber: TikTok Zed Zaidi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source